Bernama 14/8/17
m
Barisan Nasional (BN) Selangor perlu mengenal pasti kelemahan parti itu selepas gagal merampas kembali negeri itu daripada pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau mengakui bahawa antara punca kekalahan BN pada PRU12 adalah akibat kemarahan rakyat terhadap bekas menteri besar Dr Mohamad Khir Toyo dalam isu seperti pencerobohan kuil dan anugerah penyapu kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri.
"Tapi, apabila beliau sudah tidak lagi menjadi menteri besar selepas itu, kenapa kita masih kalah pada PRU13? Saya minta kepada mereka (BN) cari punca kenapa ini berlaku, mesti ada sebab.
"Petaling Jaya Utara ini pun dahulu (Petaling Jaya), BN pegang empat penggal, dan BN kalah pada PRU12, jadi perlu cari punca kekalahannya dan buat post-mortem supaya kita dapat menggunakan pendekatan baharu untuk capai kemenangan semula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, semalam.
Pada PRU12 dan PRU13 DAP mengalahkan BN menerusi calonnya Tony Pua.
Terdahulu, Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung BN, berkata rakyat perlu menyedari bahawa pembangunan dan kemajuan pesat negara hari ini adalah hasil perancangan jelas kerajaan pimpinan BN.
"Jadi, saya nak merayu kepada semua tidak kira bangsa India, Cina dan Melayu merenung kembali siapa kita yang dahulu dan bagaimana kita dapat capai sekarang ini semua," katanya.
Malaysiakini
Related Posts :
Update 'Saya kurang senang pelantikan Rahim Noor' >> Berita Malay 18 Wartawan Sinar Harian 30 Ogos 2018 Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Ubah saiz teks) SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, … Read More...
Update [Video Hasanah Direman Tetapi Bukan Sebab Surat CIA?] Bekas perisik mungkin dapat dana AS$12j melalui Timur Tengah. >> Berita Malay 18Khamis, 30 Ogos 2018 The Malaysian Anti Corruption Commission has arrested former director general Malaysian External Intelligence Organi… Read More...
Update Datuk Bandar KL ‘dipaksa’ undur oleh Kerajaan Sekular PH >> Berita Malay 18 KUALA LUMPUR, 18 Zulhijjah 1439H, Khamis – “Saya ada dengar beliau dinasihatkan untuk bersara awal,” kata Ahli Parlimen Cheras, Tan … Read More...
Update [Video SPRM rampas tunai AS$6.3 juta kes bekas perisik] Pembangkang & pembangang gagal spin isu PETRON! Pakat riuh pulak bab MAT SABU buat korban di Patalong ada unsur syiah! >> Berita Malay 18Khamis, 30 Ogos 2018 Suara Rakyat Suka Halaman Ini · 4 jam · Krikk... Krikk... Krikk... Siap sedi… Read More...
Update Tulisan Balas Najib Razak boleh KO kerajaan Sekular PH >> Berita Malay 18 KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak bakal mendapat manfaat, sekiranya jawapan balas bekas Perdana Menteri itu terhadap tuduhan kera… Read More...