Update LAMA TAK TABIK PAS, TABIK SEKALI >> Berita Malay 18


Suka saya untuk mengangkat tabik tinggi-tinggi kepada Pas yang tegas dan konsisten dalam keputusan yang diambilnya. Ini dirujuk kepada kenyataan dikeluarkan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Zuhdi Marzuki (foto) yang mengatakan Pas sukar untuk menerima ajakan PKR supaya parti itu berkolaborasi dengan PKR (Pakatan Harapan) untuk mengelakkan berlaku pertandingan tinggi penjuru.
Kata Zuhdi seperti dilaporkan, jentera Pas sudah bersiap sedia untuk berhadapan tiga penjuru dalam Piraum akan datang. Kerjasama itu menyukarkan Pas dan tidak mungkin kerana Pas sudah mengatur strateginya. “Kalau Pas menerima pelawaan itu Pas kena pusing 180 darjah,” begitu katanya membayangkan pelawaan PKR itu mustahil dipenuhi.
Zuhdi cukup yakin dengan strategi diambilnya kerana mengikut kajiannya pengundi Melayu mahukan Pas bertanding secara bersendirian. Tidak mungkin Pas mengubah pendirian itu.
Iya, sikap dan pendirian seperti itulah yang kita mahu, tegas dan jelas bukan kelabu dan berbaur-baur. Dalam hal ini Pas tidak menjadi seperti lalang kerana ingin mengejar kemenangan yang belum pasti. Inilah kebabilan Pas.
Soal apakah Pas akan menang dengan tindakan itu, itu soal lain. Apa yang kita hormat ialah Pas tegas dan istiqamah dengan pendiriannya. Sikap sebeginilah tidak menyusahkan ahli dan penyokong bawahan. Syabas.
Tegas dengan keputusan dan pendirian diambil menyebabkan parti akan dihormati, sepadu dan tidak ada dua atau lima kepala dalam parti. Ahli dan penyokong juga tidak pening kepala, teori dan formula mana yang hendak dipakai. Ia juga sejajar dan sesuai dengan wajah parti itu beridentitikan agama.
Zuhdi membuat penegasan demikian sebagai mengulas, kenyataan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail membayangkan Pas masih boleh diajak berunding untuk bersama pembangkang.
Kenyataan Dr Wan Azizah itu juga dipercayai dikeluarkan ekoran kunjungan beliau bersama Azmin Ali ke atas presiden Pas Abdul Hadi Awang dua tiga hari lepas. Sikap ditunjukkan Dr Wan Azizah itu boleh diterjemahkan beliau (PKR) tidak begitu yakin dengan Dr Mahathir Mohamad?
Jelas Zuhdi lagi sebarang rundingan dengan PKR menyebabkan jentera pilihan raya Pas terpaksa dipusing 180 darjah dan tentunya kerja mengubah keputusan tidak disukai kerana ia sama dengan kerja wanita tua kurang siuman yang disebut dalam Quran yang kerjanya memintal tali kemudian merombaknya kembali.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :