Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menyeru masyarakat Malaysia menolak pentadbiran kleptokrasi yang terus menekan kebajikan rakyat.
Beliau berkata, rakyat mempunyai pilihan memilih pentadbiran kerajaan yang telus demi pembentukan negara yang lebih baik pada masa akan datang.

Tun Mahathir berkata, gabungan Pakatan menjadi penanda aras terbaik membolehkan pembentukan kerajaan telus dizahirkan untuk terus membangunkan Malaysia.
“Penganjuran pelbagai program akar umbi melibatkan komponen Pakatan mewujudkan peluang kepada kita untuk menjalinkan hubungan yang lebih rapat sebagai sebuah komponen yang akan bertanding dalam pilihan raya depan.
“Saya yakin, penyatuan ini mampu mengalahkan Barisan Nasional dan menolak kerajaan kleptokrasi, penyangak dan perompak,” katanya.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berucap pada Pesta Makanan Tradisional Kelantan yang diadakan di Dewan Beringin Taman Seri Gombak, di sini, pagi ini.
Hadir sama, Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Terdahulu, negara kini dilaporkan berada dalam kemelut pentadbiran paling lemah susulan pendedahan media antarabangsa berhubung skandal kewangan membabitkan Kerajaan Persekutuan kini.
Ia termasuklah kelemahan pengurusan syarikat milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berhubung kegagalan pembayaran liabiliti syarikat berkenaan.
Related Posts :
Update Tulisan Terbaru Tun M: HUTANG 1MDB >> Berita Malay 18
1. Tiba-tiba 1MDB mengaku tidak dapat bayar hutang sebanyak USD600 million / RM2,580 billion kepada IPIC, sebuah dana pelaburan milik Abu … Read More...
Update Malang Menimpa Atikah Suhaime Selepas Foto Kontroversi >> Berita Malay 18
Nasib malang menimpa Atikah Suhaime atau nama sebenarnya Nur Atikah Suhaime, 26 melalui situasi menyedihkan kerana terpaksa menjadi pegawai… Read More...
Update GILIRAN KIT SIANG PULAK SELEPAS MAHADHIR >> Berita Malay 18
Tempat lahir saya, sila siasat dulu: Kit Siang
Haslina Kamaludin
3 Ogos 2017
KUALA LUMPUR - "Saya mahu wartawan siasat dahulu,"… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2017/08/update-yang-mana-kutty-tak-kutty-semua.html">Update "Yang mana 'kutty' tak 'kutty' semua sekali ikut" >> Berita Malay 18
Sidang Dewan Rakyat hari ini mencuit perhatian apabila perkataan 'kutty' dan mamak menjadi perbualan di kalangan ahli Parlimen.
Ianya … Read More...
Update Hebat 'Top Dog' Pakatan Harapan, Beli 2 Biji Scorpene Masa Dia Jadi PM Pun Dia Tak Tau, Awat Cheq Tiduq Ka? >> Berita Malay 18
Kata orang, nak bohong, bohong sikit-sikit sudahlah. Ni semua sekali nak kelentong. Tempoh 'Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathi… Read More...