Secara umumnya kita mengalu-alukan mana-mana pihak, baik kerajaan, parti pembangkang atau orang perseorangan (profesionalis) mengambil bahagian dan berusaha untuk menyelamatkan harta benda negara, seperti kerugian dialami syarikat perlaburan strategi 1MBD yang sudah diketahui umum dan menjadi penyakit kronik buat Najib Razak dan kerajaan UBN.
Sebagai warga negara yang bertanggungjawab dan bersemangat patriotik, kita harus bergerak sederap untuk menyelesaikan masalah itu yang kini merupakan masalah terbesar dipanggung negara di era Najib Razak menjadi perdana menteri. Skandal itu bukan sahaja dipikul Najib secara peribadi tetapi ia terleset kepada seluruh rakyat negara ini.
Seluruh dunia mengetahuinya, dan negara kita sedang diejek dan dhina dengan perbuatan manusia bernama Jho Low, orang bertanggungjawab mencipta dan mencari laba besar menerusi skandal 1MDB itu. Kebijaksanaan (sebenarnya pengkhianatan) Jho Low menipu negara suatu lagi sejarah hitam buat Malaysia yang belaka kita harus mengutuk dan menentangnya. Kutukan bukan sahaja kepada Jho Low tetapi orang yang memberi lesen kejahatan itu kepadanya.
Bertolak dari kepentingan dan tanggungjawab itu usaha parti agama (Pas), untuk mendapatkan penjelasan berhubung permasalahan dalam 1MDB dan perkembangannya terkini, dilalu-alukan. Jangan perkecilkan usaha Pas itu dimana mereka juga ada peranan dan tanggungjawab kenegaraannya. Dan wajar tindakan Pas itu dipuji kalau ia memberi kesan positif. Tiada masalah untuk kita mengatakan sesuatu yang baik itu waima siapa melakukannya. Kebenaran mengatasi sempadanan emosi.
Barang kali kita boleh memberi kredit kepada usaha Pas itu. Pihak lain, parti-parti pembangkang PKR, DAP, PPBM dan Amanah sudah pun mengambil bahagian masing-masing. Baik menerusi organ mereka atau menerusi kenyataan peribadi pemimpinnya baik melalui akhbar atau pun dipentas ceramah.
Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad, setiap hari dan setiap detik bercakap dan meluahkan kekesalan mengenai skandal 1MDB. Tanpa opolegetik beliau langsung menyalahkan Najib Razak dengan menggelarkannya sebagai penyangak, penipu, pencuri dan perompak– 4P. Dr Mahathir hari ini dilihat semacam tidak siuman lagi apabila memikirkan macam mana untuk menghuiraikan skandal berkenaan. Apa yang pernah dilakukan terhadap Abdullah Badawi itulah juga dikerjakan kepada Najib.
Siasat Najib.
Begitu juga dengan pemimpin parti-parti pembangkang lain, DAP, Amanah dan PKR. Mereka juga tidak ketinggalan mengambil bahagian untuk menyelamatkan negara dengan mencari sosulsi agar skandal 1MDB diatasinya. Berbagai cadangan dan desakan dilakukan untuk itu. Antara tindakan dan cadangan ialah agar Najib disiasat secara telus dan adil. Mereka sepakat meletakkan skandal 1MDB dibawah tanggungjawab Najib.
Terbaharu tindakan pimpinan pembangkang ialah mengemukakan memorandum kepada SPRM supaya membuka siasatan semula terhadap isu 1MDB. Memorandum itu disertai dengan bukti terbaharu seperti dikeluarkan oleh DoJ, dibuat selepas beberapa jam Pas membuat kenyataan bahawa pihaknya berpuas hati dengan perjalanan pelan rasionalisasi yang sedang diusahakan oleh 1MDB untuk menyelamatkan khazanah negara itu.
Memorandum itu diserahkan sendiri oleh Presiden Harapan, Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan diiringi beberapa pemimpin tertinggi Harapan.
Wan Azizah kepalai serah memo kepada SPRM. |
Read More / Baca Lagi >>