Update Minit Mesyuarat MPSP Mengenai Kilang Haram Kampung Sungai Lembu Didedahkan, Kenapa Phee So What Lebih Sudu Dari Kuah? >> Berita Malay 18

Hari ini EXCO Pulau Pinang, Phee Boon Poh alias Phee So What dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah membuat satu Sidang Media. Mereka telah dedahkan satu minit mesyuarat Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) bertarikh 06/05/2015 yang dibuat atas permintaan Phee Boon Poh sendiri. Dr Norlela Ariffin ADUN PKR Penanti turut hadir mesyuarat berkenaan.

Pertama, jelas dalam minit tersebut dinyatakan MPSP telah mengeluarkan Perintah Meroboh kilang haram tersebut tetapi perintah itu telah ditangguhkan. Tidak pula dinyatakan kenapa ia ditangguhkan dan siapa memberi arahan supaya ditangguhkan. [Rujuk perkara 2.6]

Kedua, Phee Boon Poh meminta kilang haram memproses habuk gergaji kayu itu disenaraikan dalam pemutihan. [Rujuk 3.2 (v)] Beliau juga meminta satu kajian terperinci dilaksanakan bagi mengesahkan dakwaan penduduk Kampung Sungai Lembu mengenai masalah kesihatan dialami mereka adalah berpunca dari kilang haram berkenaan. [Rujuk 3.2 (iv)]

Ketiga, Phee Boon Poh adalah EXCO Alam Sekitar. Kenapa Phee Boon Poh terlalu ambil perhatian di atas masalah kilang haram ini? Masalah kilang ini bukan hanya masalah pencemaran alam sekitar sahaja. Kilang ini tiada kelulusan Pelan Merancang, tiada Pelan Bangunan, tiada Lesen MPSP dan juga tiada Lesen Perniagaan. Program pemutihan kilang-kilang haram adalah di bawah bidang kuasa Exco Kerajaan Tempatan iaitu Chow Kon Yeow. Kenapa Phee Boon Poh yang lebih sudu dari kuah?

Untuk rekod, Chow Kon Yeow dikatakan turut hadir di dalam Sidang Media pada hari ini tetapi beliau telah meninggalkan bilik mesyuarat sebelum wartawan sempat bertanyakan soalan kepadanya. Apakah dapatan kajian itu, sekiranya ia telah dijalankan sebagaimana arahan Exco?




Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :