Azan bergambar bersama kepimpinan PKR Pusat dan Pakatan Harapan Terengganu sempena program Jom Bina Semula Negara anjuran Invoke Malaysia.
KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disifatkan mustahil untuk meluluskan penggunaan logo rasmi Pakatan Harapan dalam pilihan raya walaupun logo tersebut diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, penggunaan logo rasmi Pakatan Harapan yang mewakili PKR, DAP, Amanah dan Bersatu itu sudah tentu memberi saingan sengit dan potensi besar untuk pembangkang mengambil alih kerajaan.
Beliau turut menjangka 65 peratus kemungkinan BN akan kalah sekiranya parti-parti Pakatan Harapan menggunakan satu logo untuk melawan logo dacing diwakili BN.
“SPR adalah badan bebas tetapi saya rasa dia (SPR) tidak akan lulus dan akan beri 1001 macam alasan. Kalau lulus logo itu dalam pilihan raya, maka Umno boleh bersiap sedia untuk kalah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Azan yang juga Adun Bandar bagaimanapun yakin logo rasmi Pakatan Harapan akan diluluskan RoS.
Mengulas lanjut, kelulusan RoS akan menampakkan kerajaan seolah-olah berlaku adil terhadap pembangkang dan tidak menolak ia boleh mewujudkan harapan palsu kepada pembangkang dan penyokongnya jika SPR enggan membenarkan logo tersebut digunakan dalam pilihan raya.
Beliau tidak menolak keputusan SPR itu juga akan mewujudkan kekeliruan besar dalam kalangan pengundi pada hari pengundian.
“(Kalau SPR tidak benarkan logo Pakatan Harapan) maka hari pilihan raya, ramai yang akan jadi keliru mencari simbol pakatan dan nama logo harapan dalam kertas-kertas undi pilihan raya, maka keadaan akan jadi berkecamuk,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update JANGAN LEKA DENGAN ISU TERKINI, PH SENGAJA ALIH ISU YANG TAK SELESAI >> Berita Malay 18
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib mengingatkan masyarakat umum agar tidak terleka dengan isu-isu terkini sehi… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2019/08/update-raatchasi-angkat-profesion-guru.html">Update "Raatchasi" Angkat Profesion Guru, Kritik Sistem Pendidikan Sekolah Kerajaan Di India >> Berita Malay 18
Di media sosial Facebook, tular beberapa potongan klip daripada filem Tamil ‘Raatchasi’ yang menunjukkan lokasi di kawasan persekolahan.
… Read More...
Update PEMUDA UMNO TIMBULKAN PERSOALAN BUAT SYED SADDIQ YANG PEMBOHONG, TAK BERINTEGRITI, KRONISME >> Berita Malay 18
Pemuda UMNO Malaysia membidas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang tidak konsisten terhadap prinsipnya sendiri.… Read More...