Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin terdesak apabila sanggup membandingkan kehidupan rakyat Malaysia dengan rakyat di Iraq sewaktu pemerintahan Presiden Saddam Hussein bagi menakut-nakutkan pengundi yang inginkan perubahan.
Setiausaha Hal Ehwal Antarabangsa Sosialis Muda DAP (DAPSY), Howard Lee berkata, adalah dangkal untuk membandingkan situasi di Iraq dengan di Malaysia.
“Umum ketahui bahawa pencerobohan tentera Amerika Syarikat, dan UK pada tahun 2003 dengan matlamat penukaran rejim merupakan suatu peperangan yang telah membawa hancur lebur kepada Iraq.
“Tetapi yang rakyat Malaysia hendakkan bukannya peperangan, tetapi penukaran kerajaan melalui sistem demokratik berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Hujah Najib Razak kini terdesak, sehingga tidak masuk akal,” katanya seperti dipetik Roketkini.
Najib dilaporkan berkata, kehidupan rakyat di negara teluk itu adalah lebih baik di bawah pentadbiran diktator jika dibandingkan dengan selepas berlakunya peperangan, selain menggelar mereka yang mahu menukar kerajaan sebagai bodoh.
“Menukar kerajaan bukan penyelesaian, kalau lebih baik masuk akal, kalau lebih buruk, lebih mendatang bala dan bencana serta lebih tidak menentu, lebih mendatangkan bala dan bencana itu bodoh punya kerja. Minta maaf terpaksa kata.
Read More / Baca Lagi >>