Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad menyangkal dakwaan Datuk Seri Jamal Md Yunos bahawa kerajaan Selangor gagal melaksanakan sistem pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi di negeri itu seperti dijanjikan dalam manisfesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu.
Beliau berkata, Pakatan pembangkang mempunyai dua manifesto berasingan iaitu di peringkat persekutuan dan negeri.
"Manifesto 2013 pendidikan percuma di peringkat Persekutuan - kita tidak menang dan tidaklah dapat dilaksanakan jika Najib (Datuk Seri Mohd Najib Razak) nak buat dia boleh buat bila-bila tapi dia tak buat.
"Unisel (Universiti Selangor) di bawah kerajaan negeri kita sudah banyakan geran untuk membantu Unisel sehingga kini keadaan kewangan Unisel jauh lebih baik.
"Program derma siswa percuma diberikan yang mana pelajar tidak perlu bayar yuran di peringkat asasi kerana dalam kemampuan kita.
"Jika nak seluruh Unisel memang kita tak mampu," ujarnya dalam satu kenyataan yang dirakamkan ketika beliau dir dalam majlis Perasmian Perpustakaan Awam Selangor di Sekinchan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>