KOTA BHARU - Pas menganggap keputusan terlewat Pakatan Harapan di sebalik menagih harapan dalam menentukan kerjasama dengan parti itu tidak mengejutkan mereka.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pendirian Pas untuk tidak bersama dengan Pakatan Harapan sudah lama dimuktamadkan dan bukan perkara baharu.

Menurutnya, bukan soal Pas tidak termakan pujuk dengan usaha pakatan tersebut untuk jalinkan kerjasama tetapi itu memang keputusan parti sejak dahulu dan mereka sedia maklum penyebabnya adalah DAP dan Amanah.
“Pas sejak dari dahulu lagi tiada hasrat bekerjasama dengan Pakatan Harapan, sebelum ada (Tun Dr Mahathir Mohamad) Tun M pun kita dah buat keputusan tidak ada kerjasama dengan Pakatan Harapan.
“Jadi tidak berbangkit soal Pakatan Harapan buat keputusan (tiada kerjasama) sebab kita dari awal lagi sudah putuskan. Itu kena jelas,” katanya ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Mingguan Exco di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.
Setelah isu kerjasama antara Pas dan Pakatan Harapan tidak menemui jalan untuk bersatu, akhirnya pakatan tersebut memutuskan tidak akan bekerjasama dengan parti itu pada PRU14 nanti.
Dalam masa sama, Mohd Amar juga menegaskan sejak tidak lagi bersama dengan DAP dan Pakatan Rakyat terkubur, Pas katanya sudah membuat persiapan kemungkinan berlakunya pertandingan tiga penjuru atau sebaliknya nanti.
Related Posts :
Update Kehidupan Seorang Guru Menerusi Filem-Filem Quentin Tarantino >> Berita Malay 18
Siapa pernah menonton filem-filem Quention Tarantino pasti mudah untuk mengaitkan apa yang berlaku di dalam filem tersebut dengan kehidupa… Read More...
Update Tunggu jawapan Pak Lebai kepada pendedahan Atok... >> Berita Malay 18
Ekoran perjumpaan Abdul Hadi dengan Dr Mahathir semalam, menyebabkan timbul berbagai spekulasi. Saya memberi bayangan ia akan terjawab … Read More...
Update (Video) Pasangan guru masih trauma >> Berita Malay 18
KOTA BHARU - Pasangan guru Muhamad Sardi Saad, 43, dan isteri, Fadilah Abd. Wahab, 49, masih trauma dengan kehilangan anak bongsu mereka a… Read More...
Update [Video Kita Menjaga Prinsip Untuk Menjaga Hak Rakyat] Si Saddiq ni aku salute la menteri takde pengiring? Zombi kampung pisang cekak leher Menteri Belia dan Sukan & PRK dalam hutan SESUAI UNTUK UMNO'S PAPAGOMO. >> Berita Malay 18Sabtu, 16 Februari 2019
Nak cerita sikitlah. Aku ada je kat kawasan yang dikata kawasan BN berkumpul tu. Tapi waktu Sadiq ken… Read More...
Update [Video Golongan muda yang menyokong 'belah sana' sebagai otak berserabut kerana mendukung kleptokrat] Laporan Polis Ketua Armada & Si Saddiq boleh la, Kalau Tun Mahathir, HAMPA TAK LARAT LIGAN. >> Berita Malay 18Sabtu, 16 Februari 2019
Bagi sesiapa yang ingin mengetahui apa yang berlaku di Semenyih pagi tadi...nah admin sharekan laporan polis yang … Read More...