
Pegawai khas kepada Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yakub mencetuskan kekecohan di majlis sidang media pemuda Pakatan Harapan di Machang pagi tadi.
Menurut Setiausaha Pemuda Amanah Kelantan, Mohd Syahidul Amri Khairuddin, beliau dan Ketua Armada Bersatu Kelantan dipukul oleh Mohd Shahrizal Shamsudin
(gambar kiri) sebaik selesai sidang media di perkarangan pejabat Majlis Daerah Machang.
"Kami sudah membuat laporan polis tentang insiden ini," katanya.
Sebelum itu Pemuda Pakatan Harapan (PH) Kelantan pada sidang media itu mempersoalkan pembinaan bangunan-bangunan untuk kegunaan awam yang didirikan di atas tanah milik keluarga Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan.

Ketua Armada Bersatu Kelantan, Asran Alias
(gambar kanan) yang mengadakan sidang media di perkarangan Majlis Daerah Machang pagi tadi berkata pihak pemuda PH telah menyemak status tanah Lot 3946 & 985, Mukim Bakar melalui satu cabutan bertarikh 12 Julai 2017.
"Hasilnya kami mendapati terdapat beberapa bangunan untuk kegunaan awam didirikan di atas lot lot berkenaan.
"Pemilik kepada tanah tersebut adalah (Datin) Wan Norizan binti Wan Ismail yang dikenal pasti isteri kepada Datuk Ahmad Jazlan," katanya.
Menurutnya setelah disiasat didapati pembinaan bangunan tersebut adalah tidak sah dari segi undang-undang.
"Pihak tuan tanah tidak mematuhi dua akta besar iaitu Seksyen 19 Akta Perancang Bandar & Desa 1976 iaitu semua pembangunan yang dijalankan dalam satu kawasan perlu mendapat Kebenaran & kelulusan daripada PBT.
"Juga dilanggar Seksyen 70 Akta Jalan Parit & Bangunan 1974 yang memperuntukkan bahawa sesiapapun tidak dibenarkan mendirikan bangunan tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada PBT.
"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku di atas tanah yang dimiliki oleh isteri kepada seorang Timbalan Menteri, tambahan ia adalah untuk kegunaan awam," katanya.
Lebih mengejutkan katanya terdapat sumber yang menyatakan ia dibina melalui Dana awam Kerajaan persekutuan.
"Kami mendesak pihak tuan tanah menyatakan sumber dana untuk membina bangunan-bangunan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update Pas mahu sekat lebih banyak RAHSIA TERDEDAH? Tak mampu nak tutup pekung di dada, maka diugutnya ahli supaya wala' dan senyap! SU Agung PKR MENYANGGAH dakwaan SU Agung Pas [Video TAKIYUDDIN BIADAP DAN HINA YANG DI-PERTUAN AGONG] >> Berita Malay 18Selasa, 14 Mei 2019
Jom Channel
Ini kerana Takiyuddin telahmemperlekeh Sultan Muhammad V pada ketika itu adalah Yang di-Pertuan Agong, yang… Read More...
Update PM tak puas hati peraturan SPR >> Berita Malay 18PM tak puas hati peraturan SPR: Dr Mahathir berkata sekatan tersebut seolah-olah memberi peluang kepada parti
lawan yang tidak mempunyai ker… Read More...
Update Najib, Irwan dituduh pecah amanah lebih RM6.6 bilion [Video UMNO curi bermati-matian, PAS sokong bermati-matian. Penyamun & Penipu!] >> Berita Malay 18Selasa, 14 Mei 2019
Najib, Irwan dituduh pecah amanah lebih RM6.6 bilion
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Raza… Read More...
Update Kisah KARTEL DEDAK LEBAI & Dengar cerita Din Ayam akan disiasat? Ni semua wayang je & Ada yang tak balik raya rumah pak metua lah tahun ni..[Video ISU KARTEL DEDAK, HADI NAFI BERI RESTU PADA MENANTU] >> Berita Malay 18Selasa, 14 Mei 2019
Kami Viral
KARTEL DEDAK LEBAI
Dengar cerita Din Ayam akan disiasat oleh *lembaga disiplin Parti.*
Ni semua wayang gamb… Read More...
Update Dah balun kow2 duit pencarum TH, duit pencen KWAP & KWSP, duit peneroka FELDA, duit pencarum tentera LTAT..tak puas2 lagi ke umnokleptokrasi balun kayu balak la pulok! Tanah Perbadanan MB Kelantan kena LELONG? [Video UMNO DAN PAS BERSIH MELUCUKAN, KATA MAHFUZ] >> Berita Malay 18Selasa, 14 Mei 2019
Jom Channel
Kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu pandangan bahawa PAS dan UMNO kini bersih ekoran ahli kedua parti itu men… Read More...