Tiga pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang terselamat selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner hilang kawalan dan terbalik beberapa kali sebelum terbabas ke kawasan paya di Kilometer 16, Jalan Nenasi-Rompin, dekat Pekan, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, kesemua mangsa yang terlibat dalam perjalanan untuk menghadiri program 1 Komuniti 1 Jabatan Pengangkutan Jalan di Rompin.
Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Amran Sidek berkata, mangsa iaitu pemandu, tidak mengalami kecederaan.
Manakala penumpang hadapan luka di kepala dan penumpang belakang patah bahu kanan.
Menurutnya, ketika kejadian, keadaan licin kerana cuaca hujan.
Polis mengklasifikasikan kejadian itu mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Pengarah JPJ Pahang Datuk Mark Ujin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menzahirkan rasa syukur kerana anggotanya selamat.
“Mereka hendak menghadiri program menyerahkan lesen kepada Orang Asli dan saya lega apabila mendapat tahu mereka semua selamat,” katanya.
Related Posts :
Update [Video Live~Tun Mahathir di Muar beri komen Najib di Axiata Arena & Tak gentlemen, kata Pas pada BN] SPR tidak perlu mengambil langkah seperti ROS yang terlebih lajak... >> Berita Malay 18Ahad, 8 April 2018
HANYA PKR YANG AKAN BERTANDING DI PRU...
Parti mana yang akan bertanding di pilihanraya?
Mana² parti yang disa… Read More...
Update [Video Hadi Awang Peluk Najib & PAS Label MURTAD Jika Tak Sokong RUU355] Isu logo PH: SPR usah jadi ‘terompah’ BN. >> Berita Malay 18Ahad, 8 April 2018
Tumpang sekole.
Isu logo PH: SPR usah jadi ‘terompah’ BN
Biro Undang-Undang (KANUN), Parti Amanah Negara (AMAN… Read More...
Update Mat Ramlee bantu Lang Merah >> Berita Malay 18
Wan Mohd Nor Hafiz Wan Mansor
7 April 2018
Mohamad
(Ubah saiz teks)
PASUKAN Liga Super Kedah mendapatkan khidmat bekas ‘kereta keb… Read More...
Update [Video Dr M mahu pamer gambar ketua ROS, SPR dalam akhbar seluruh dunia] 'Satu Logo' FANTASTIK TUN & Pas dianggap sebabai kera sumbang yang DIKENCINGKAN! Kalau BN kalah, penat buat manifesto gempak dan lain² strategies... >> Berita Malay 18Ahad, 8 April 2018
Kalau BN kalah, penat buat manifesto gempak dan lain² strategies...
FANTASTIK TUN: SEFAHAMAN GUNA SATU LOGO D… Read More...
Update [Video Syed Saddiq (suara anak muda & calon di Muar) Di Jelajah Pakatan Harapan, Muar] PENGORBANAN BESAR DAP berpisah dari logo 49 tahun demi untuk negara! PEMIMPIN UMNO PI KARAOKE 2,00am padamkan cerita DAP anti melayu. >> Berita Malay 18Ahad, 8 April 2018
PENGORBANAN BESAR DAP BERPISAH DARI LOGO 49 TAHUN DEMI UNTUK NEGARA
PEMIMPIN UMNO PI KARAOKE 2AM PADAMKAN CER… Read More...