Update Pelantikan saya ikut perlembagaan, kata Raus >> Berita Malay 18



Tan Sri Md Raus Sharif hari ini mengakui bahawa pelantikannya semula sebagai Ketua Hakim Negara belum pernah berlaku dahulu tetapi menyatakan ia masih mengikut perlembagaan.
Md Raus yang dilantik semula ke jawatan itu selama tiga tahun berkuatkuasa pada 4 Ogos berkata mengapa beliau harus menolak pelantikan itu sedangkan kerajaan berpendapat bahawa ia memerlukan khidmatnya.
Beliau berkata pelantikan itu adalah mengikut Perlembagaan kerana ia melalui proses tersebut.
Tan Sri Md Raus SharifProses itu dilakukan dengan sempurnanya. Jadi, soalan menolak jawatan tersebut tidak timbul, kata beliau pada sidang media ketika ditanya mengenai pelantikan semula beliau selepas majlis penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang kepada kakitangan mahkamah di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini.
Ketika ditanya sama ada ini adalah kali pertama di negara ini, seorang Ketua Hakim Negara yang telah mencapai umur 66 tahun dan enam bulan, dilantik semula untuk jawatan yang sama, Md Raus berkata sentiasa ada kali pertama untuk segala-galanya.
"Bila benda itu jadi first time banyaklah perbezaan pendapat. Tapi kita kena menghormati pandangan daripada semua pihak. Peguam bila datang ke mahkamah satu isu, peguam itu kata macam ini, peguam itu kata macam itu.
Anda perlu melantik seseorang untuk membuat keputusan. Samalah kerajaan berpendapat benda ini boleh dibuat, Majlis Peguam kata tidak boleh buat, maka adalah orang yang akan memutuskan siapa yang benar siapa dan siapa yang tidak benar. Itu proses biasa. Ini belum pernah berlaku dahulu tetapi sudah tentu ada pandangan yang bercanggah mengenai perkara ini, katanya.
Mengenai mesyuarat agung tergempar (EGM) Majlis Peguam pada 3 Ogos yang meluluskan usul bahawa pelantikannya tidak mengikut perlembagaan, Md Raus berkata beliau menghormati pandangan badan peguam tetapi badan peguam juga perlu menghornati pandangan dari mahkamah.
Ada dua pandangan mengenai perkara ini sama ada ia tidak mengikut perlembagaan atau sebaliknya jadi mereka boleh memfailkan kes di mahkamah. Biarlah mahkamah yang membuat keputusan siapa yang benar, siapa yang salah, kata beliau.
Tiada masalah tidak dijemput ke acara sosial Badan Peguam
Kepada soalan lain bahawa anggota Badan Peguam dinasihatkan tidak menghadiri mana-mana acara sosial oleh mereka (Md Raus dan Zulkefli) dan Badan Peguam juga juga tidak akan menjemput mereka ke acara sosial mereka, Md Raus beliau tidak menghadapi masalah mengenai perkara itu kerana beliau menghormati pandangan pihak lain mengenai perkara tersebut.
"Tidak ada banyak acara sosial dianjurkan oleh Badan Peguam. Setahu saya, acara itu ialah majlis makan malam anjuran badan peguam dan Sukan antara Badan Peguam dan Badan Kehakiman.
"Saya tidak tahu bagaimana mereka akan menganjurkan Sukan antara Badan Peguam dan Badan Kehakiman selepas ini, tetapi kita akan menjemput mereka contohnya seperti acara Tahun Perundangan kami akan menjemput mereka sama ada mereka hendak hadir, itu terserah kepada mereka," kata beliau pada sidang media yang berlangsung dalam suasana mesra.
Ketika ditanya mengapa majlis mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara, berlangsung pada pukul 10 malam semalam, beliau berkata tidak ada apa yang mencurigakan mengenai perkara itu.
Masa itu ikut kesesuaian masa Yang di-Pertuan Agong. Pejabat Perdana Menteri telah berhubung dengan Istana Negara bahawa majlis akan diadakan pada Jumaat, semuanya sudah dirancang, cuma masa sahaja yang jadi isu," kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :