BEBERAPA hari lalu Shahrizat Abdul Jalil membuat kenyataan bahawa Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, adalah seorang
“pemimpin media sosial” yang tidak buat kerja di kawasan.

Ini merupakan satu kenyataan yang cemburu terhadap keupayaan pemimpin PKR yang mampu berkhidmat walau terpaksa berhadapan dengan pelbagai kekangan dan halangan, malah kenyataan tersebut sebenarnya memperlekeh anak muda khususnya generasi ‘millenial’ yang sering mendapat berita melalui media sosial.
Pimpinan PKR seperti Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah, Azmin Ali, Nurul Izzah, Rafizi Ramli, saya dan ramai lagi terpaksa berhijrah ke media sosial kerana kami tidak memiliki akses kepada media arus perdana sama seperti apa yang dinikmati pimpinan Umno-Barisan Nasional.
Kami juga jarang sekali diberi peluang untuk menjawab sepenuhnya dakwaan yang dibuat pimpinan Umno-BN melalui media milik mereka seperti Utusan dan TV3, atau kenyataan kami diputar belit sehingga ramai pemimpin terpaksa menyaman media tersebut (dan seringkali pemimpin tersebut menang).
Itulah sebabnya kami selalu menggunakan Twitter, Facebook, WhatsApp dan media sosial lain untuk menyebarkan berita tentang usaha kami di kawasan, sehingga ada pihak yang sanggup mencipta dakyah pimpinan PKR hanya “pemimpin” di media sosial.
Umum sedia maklum bahawa ahli Parlimen pembangkang khususnya di Kuala Lumpur sering berhadapan dengan pelbagai kekangan dan halangan akibat dari politik dengki yang diamal sesetengah pihak.
Sebagai contoh, pada 18 Jun lalu, Nurul Izzah dan PKR Lembah Pantai telah menganjurkan program sumbangan Hari Raya di Taman Bukit Angkasa untuk 500 warga Lembah Pantai.
Pada awalnya, untuk kemudahan dan keselesaan penerima sumbangan, kami telah membuat permohonan untuk menggunakan Medan Selera Taman Bukit Angkasa yang lapang dan berbumbung. Walaupun pada ketika permohonan tersebut dibuat kami mendapati tiada sesiapa yang menempah tapak tersebut, kami menerima makluman beberapa hari sebelum program bahawa Medan Selera tersebut telah disewa pada hari dan waktu serupa dengan program kami – maka kami dihalang daripada menggunakannya.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update [Video Mat Sabu - 5 skandal era BN akan disiasat] Menteri Pertahanan ikrar siasat Skandal RIV, Scorpene, Patrol Vessels, Puspahanas, & KSCIP. >> Berita Malay 18Selasa, 22 Mei 2018
Mat Sabu ikrar siasat 5 'skandal' Mindef era BN
Kementerian Pertahanan akan menyiasat lima dakwaan skandal yang dikata… Read More...
Update [Video Pandikar Amin Malukan Saya, Seolah-olah Saya Pembohong & Pandikar Amin Akan Dipecat Sebab Halang Tutup Bahas 1MDB Najib] Mohamad Sabu mohon maaf. >> Berita Malay 18Selasa, 22 Mei 2018
Mohamad Sabu mohon maaf
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu memohon maaf atas kekhilafan kerana tidak berhenti member… Read More...
Update [Video Patutlah Umno Kalah! Najib Mantan PM yang tak sedar diri] Buka balik kes Altantuya? IGP bincang dulu >> Berita Malay 18Selasa, 22 Mei 2018
Buka balik kes Altantuya? IGP bincang dulu
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, beliau perlu ber… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/05/update-video-ana-tau-lah-sah-pas-terima.html">Update [Video "Ana tau lah!" Sah Pas Terima Duit Umno & Audio Nik Abduh Tulen!] BAYANGKAN, BAYANGKAN, BAYANGKAN...11 beg sudah dikira mengandungi RM100 juta, dan ada 61 beg lagi belum dikira. Ho, ho, hooo! >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [BERA] STOR MASJID JAME' TERBAKAR >> Berita Malay 18
Stor Masjid Jame' Triang musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Ketua Balai, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Redzuan Rahimpudin ber… Read More...