Pemuda AMANAH Nasional menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemimpin kanan Pemuda Pas Malaysia yang menggambarkan parti itu mengambil wang daripada Umno.
Ketuanya, Mohd Sany Hamzan berkata, SPRM perlu mengambil perhatian serius terhadap dakwaan ini kerana penyaluran dana kepada parti politik atas tujuan tertentu adalah tidak beretika dan bercanggah dengan undang-undang.
"SPRM perlu bertindak agar amalan penyaluran wang secara tidak beretika ini dapat dibendung sebelum ia membarah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Gesaan itu dibuat ekoran pendedahan seorang ahli Pas menerusi laman Facebooknya tentang dakwaan Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas Malaysia, Nurul Islam Mohamed Yusof bahawa Presiden Pas memberi kebenaran mengambil wang daripada Umno.
Nurul Islam dikatakan mendakwa, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Pas mengizinkan untuk mengambil wang daripada Umno.
Mengikut laporan tersebut, Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian dalam satu pertemuan dengan pimpinan Pemuda Pas baru-baru ini.
Bagaimanapun, dakwaan Nurul Islam itu disanggah oleh Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Zaharudin Muhammad yang berkata Presiden Pas bukanlah seperti yang digambarkan oleh Nurul Islam.
Zaharudin yang merupakan menantu kepada Abdul Hadi menegaskan, dakwaan Nurul Islam berupa fitnah yang berat terhadap Abdul Hadi.
Selari pendekatan Pas
Mengulas lanjut, Sany berkata, dakwaan Nurul Islam itu dilihat selari dengan pendekatan Pas ketika ini yang sangat lunak dan mesra dengan Umno.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update [Video Tanpa Pas, Pakatan lagi menang sebab ramai pemimpin hebat Pas masuk AMANAH & AMANAH tak maki hamun seperti Puak2 Lobai] KENAPA KEKAYAAN JHO LOW DAN REZA AZIZ TIDAK DISIASAT? Apa jawapan #JoeSombong UmnoBN & LHDN ni tak buat kerja ke? Atau tidak dibenarkan buat kerja? >> Berita Malay 18Selasa, 20 Mac 2018
KENAPA KEKAYAAN JHO LOW DAN REZA AZIZ TIDAK DISIASAT? Apa jawapan # JoeSombong
Soalan ditanya kepada Menteri Kewan… Read More...
Update [Video Meriah Sambut Tun Mahathir & Najib Umno Paling Takut PPBM, Lalu Paksa ROS Haramkannya] Dewan Negara dipercepat tanda Parlimen bubar April. >> Berita Malay 18Isnin, 19 Mac 2018
Dewan Negara dipercepat tanda Parlimen bubar April
Sidang Dewan Negara telah dipercepatkan jadi ia akan berakhir pad… Read More...
Update [Video Dr Rozaimi Jawab Tuduhan Liar Ustaz Ahmad Dusuki & Dr Rozaimi Ajak Golongan Suci Ni Berdialog] Kenapa Ust Dusuki (Ahli Majlis Bandaran Shah Alam) kamu bohong tentang kematian mangsa banjir di Kelate? >> Berita Malay 18Isnin, 19 Mac 2018
Kawasan Banjir di Manik Urai, Kelantan. Gambar dari The Malaysian Insider.
Otai BERSIH
10 jam ·&… Read More...
Update [Video Isu diplomat Israel datang KL, Reezal jawab Wan Azizah] Manifesto Pas-Gagasan Sejahtera hanya janji umum, tidak sebut Hudud & Pas berjaya dilunakkan nadanya oleh Umno-BN? Guaner walaun2 semua? Tak rasa lencun ke dikencing hidup2. >> Berita Malay 18Selasa, 20 Mac 2018
Takiyuddin kata PH nak hapus GST tu tak realistik. Tapi PAS umum manifesto, ada tak hasrat nak hapus GST. Yg hilang ta… Read More...
Update [Video PARLIMEN 2018 Menteri Kewangan (DJ) TAK BOLEH JAWAB Sumber Kewangan Jho Low & Anak Tiri Najib] Johari (Menteri Kewangan Kedua) dakwa disabotaj ahli parti sendiri #TolakJohariGhani', '#JoeAngkuh', '#JoeBongkak' dan '#asalkanbukanJoeGhani', pada 2013, Johari menang dengan majoriti tipis 866 undi. >> Berita Malay 18Isnin, 19 Mac 2018
Johari dakwa disabotaj ahli parti sendiri
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang dijangka mempe… Read More...