Ia selepas memorandum mendesak Ab Aziz Ab Kadir melepaskan jawatan.
Ia susulan memorandum supaya Ab Aziz Ab Kadir melepaskan jawatannya, yang turut disokong Pengarah Pilihan Raya PKR Kota Bharu, Ahmad Syauqey Abdul Ghani.
“Kalau dia kata memorandum itu benar, itu masalah peribadi dia dan saya kira dia menjadi tali barut Umno,” kata Aziz kepada FMT hari ini.
Ahmad Syauqey berkata tindakan ahli PKR menghantar memorandum adalah demi kepentingan parti dalam usaha menyekat pihak memecah belah PKR Kelantan.
Bagaimanapun, Aziz berkata memorandum itu hanya “surat layang”.
“Kalau memorandum, ia mesti ada tanda tangan, tanda nama, ini tak ada,” katanya.
Aziz sebaliknya berkata beliau akan menghantar laporan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya tindakan diambil.
Aziz berkata alasan beliau mesra PAS tidak sepatutnya dibangkitkan kerana ia berdasarkan arahan pimpinan pusat.
“Kita masih lagi dalam kerajaan dan ada perhubungan tapi dalam politik, memang tak adalah. Malah kalau ceramah pun tidak dijemput dan kita pun tidak hadir,”.