Update PENGSAN, GARA-GARA LAMA BERATUR! >> Berita Malay 18


Pengsan, gara-gara lama beratur!


PENGSAN! Akibat beratur terlalu lama, beberapa peminat bola sepak Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) rebah hingga memerlukan bantuan sukarelawan.

Dipercayai peminat ini sudah beratur sedari awal pagi lagi tanpa makan dan minum.

Kebanyakan yang pengsan terdiri daripada kaum wanita dan beberapa kaum lelaki.

Kesemua mereka diberikan bantuan oleh para sukarelawan serta air minuman.

Keadaan stadium yang sesak sejak awal pagi berikutan orang ramai membeli tiket perlawanan akhir Bola Sepak Sukan Sea ke 29 (KL 2017) di Stadium Shah Alam.




Sebahagian peminat bola sepak merempuh pagar pengadang apabila hanya beberapa kaunter dibuka untuk penjualan tiket, pagi tadi.

Selepas penjualan dihentikan selama sejam bagi meredakan keadaan, kaunter tiket perlawanan akhir malam esok, dibuka semula.




Bagaimana jualan tiket dihadkan hanya dua keping bagi setiap orang dan perkara itu disahkan pengurusan penjualan tiket.

Sementara itu, polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menimbulkan kekecohan pada perlawanan akhir bola sepak itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata polis akan mempertingkatkan kawalan keselamatan di dalam dan luar Stadium Shah Alam, venue perlawanan akhir antara Malaysia dan Thailand, esok malam termasuk membuat pemeriksaan badan terhadap setiap penyokong di semua pintu masuk stadium.


Subscribe to receive free email updates: