KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menjawab soalan dikemukakannya sewaktu sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan di Parlimen, hari ini.
Menurutnya, melalui soalan tambahan, beliau meminta supaya PM yang juga merupakan Menteri Kewangan mengenai topik yang sedang dibincangkan.
"Saya bertanya pada PM mengenai unjuran kekurangan rumah mampu milik yang dianggarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) akan mencecah 1 juta rumah pada 2020 dan juga tindakan kerajaan menangani pengangguran yang makin meningkat angkanya.
"Walaupun soalan-soalan yang saya bangkitkan berkaitan ekonomi negara namun beliau (Najib) tidak menjawab soalan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Soalan tambahan dikemukakan Wan Azizah berkenaan dengan soalan kebarangkalian Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 setelah mengambil kira unjuran BNM bahawa ekonomi negara akan kembali kukuh pada tahun ini oleh Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah.
Katanya, beliau menekankan supaya Najib lebih peka dengan keadaan rakyat kini.
"Kemajuan ekonomi negara tidak hanya diukur daripada angka pertumbuhan semata-mata namun ia mesti dirasai oleh rakyat.
"Tiada gunanya ada angka pertumbuhan yang baik namun rakyat menderita di bawah," katanya. - SH
Related Posts :
Update [Video Senangnya ambil DANA NEGARA untuk bayar hutang & Syed Hamid Albar sudah jadi ahli BERSATU] Tun M - Najib perlu buktikan punca dana RM2.6 bilion. >> Berita Malay 18Sabtu, 27 Oktober 2018
Tun M - Najib perlu buktikan punca dana RM2.6 bilion
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang med… Read More...
Update [Video Comedy Court - What Jho Low Should Have Done] Adel Ahmed Al-Jubeir mengesahkan derma 2.6 billion bukan dari Arab Saudi & Betoi ke semua kes2 pembunuhan Altantuya Shariibu, Kevin Morais, Ahmed Najid, PI Bala, Pengarah Kastam Putrajaya, Azilah Hardi (?) berkaitan 1MDB? >> Berita Malay 18Sabtu, 27 Oktober 2018
Yen Azril
Otai BERSIH
Perdana Menteri Tun Mahathir menerima kunjungan hormat Menteri Luar Arab Saudi Adel Ah… Read More...
Update [Video LOMPAT YB Song: Comedy Court - October 2018] PULAK DAH, RM2.6b tiada kena-mengena dengan Arab Saudi! Najib FENING (pening)? Pembela, penyokong dan pengampu Najib juga PONING (pening)! Ana (tau lah) pulak boleh pitam. >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video AKHIRNYA Mustapa (Tok Pa) Masuk BERSATU & Tun M di Langkawi] Najib atau Menteri Luar Arab Saudi yang BERBOHONG? Umno DIPERBODOH diperalat oleh pemimpinya. >> Berita Malay 18Sabtu, 27 Oktober 2018
Suara Rakyat
Antara mereka berdua, siapa kaki putar belit menipu?
Najib atau Menteri Luar Arab Saudi?
Krikk.. Kri… Read More...
Update [Video Tok Pa sah sertai Bersatu & Sidang Media Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu] Mahathir: Mustapa layak masuk BERSATU. >> Berita Malay 18
… Read More...