Update Projek Belt and Road China baik untuk Malaysia, sembang Najib >> Berita Malay 18

Perdana menteri berkata Malaysia terbuka menerima pelaburan luar.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengalu-alukan inisiatif China membina versi moden Laluan Sutera atau apa yang dikenali sebagai “Belt and Road”, dengan berkata ia akan mengubah ekonomi serantau, dan mendatangkan pelaburan yang amat besar menerusi laluan darat dan laut.
Perdana menteri berkata Malaysia adalah sebuah negara terbuka, mesra dan kondusif perniagaan, dan justeru itu, menerima pelaburan asing termasuk dari Jepun, India, Arab Saudi di samping Eropah dan Amerika.
“Malahan, pada suku pertama tahun ini, menurut data daripada Jabatan Perangkaan, pelaburan dari China mewakili hanya 2% daripada jumlah pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia, atau nombor sepuluh dalam kalangan 10 negara FDI utama di negara ini,” katanya dipetik Bernama ketika melancarkan “Dewan Digital Economy” (Ekonomi Digital Dewan) Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).
Sementara itu, Bernama memetik Najib berkata eDagang Malaysia berkembang sebanyak 12.8% setahun antara 2012 dan 2015 kepada RM68 bilion, membentuk 5.9% daripada keluaran dalam kasar negara (KDNK).
Menurutnya, eDagang mempunyai masa depan yang sangat cerah di Malaysia terutamanya dengan penubuhan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pertama dunia di negara ini.
Beliau berkata Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) menyasar 1,500 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyertai platform DFTZ tahun ini, selain 50,000 PKS Malaysia yang ketika ini memegang akaun aktif di platform Alibaba e-Commerce.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :