Gambar di atas adalah satu daripada beberapa gambar-gambar yang didedahkan oleh blog The Third Force, baca di sini, semalam. Gambar di atas adalah kemalangan pada 06/05/2015 yang membabitkan seorang pemandu lori yang menghantar habuk papan ke kilang haram tersebut, jatuh ke dalam satu daripada 31 lubang terbakar dan mengalami 93 peratus luka bakar di tubuhnya.
Pemandu tersebut meninggal dunia pada hari berkenaan, dan ini membuktikan bahawa kilang itu bukan sekadar bahaya kesihatan, tetapi pekerjaannya. Kaedah yang digunakan oleh operatornya tidak pernah dipersoalkan atau disiasat oleh pentadbiran negeri dalam apa-apa kapasiti berikutan tragedi tersebut.
Kedua, gambar-gambar pembakaran terbuka yang telah diambil oleh penduduk seperti di atas pada 01/03/2011, gagal diberi perhatian oleh pihak Rejim DAP Pulau Pinang.
Ketiga, hanya sehingga semalam, Ketua Menteri memberitahu sidang akhbar bahawa tujuan beliau menyahklasifikasikan (declassified) minit mesyuarat bertarikh 06/05/2015 adalah bagi membuktikan membuktikan bahawa Phee So What telah menangani masalah itu dengan kapasitinya sebagai EXCO Alam Sekitar yang berkebajikan dan penyayang.
Cumanya Joseph Lim Guan Eng gagal untuk menjelaskan para 3.3 iii yang mencatatkan, "Jabatan Alam Sekitar boleh menyokong penoperasian kilang ini sekiranya aktiviti pembakaran habuk kayu dibuat secara tertutup dan memastikan alat kawalan keselamatan digunakan.
Keperluan ini telah pun dimaklumkan kepada pengusaha kilang supaya mematuhi keperluan kawalan alam sekitar. Kenapa Jabatan Alam Sekitar (JAS) amat berlembut dengan pihak kilang? Kenapa Kerajaan Negeri melalui EXCO Alam Sekitar gagal menguatkuasa penemuan yang ditemui oleh JAS?
Keempat, JAS telah menulis surat kepada Majlis Perbandaran Seberang Prai bertarikh 24/04/2015 untuk mengambil tindakan susulan ke atas kilang haram berkenaan? Kenapa tiada sebarang tindakan yang diambil dan pihak mana yang menghalang tindakan berkenaan diambil?
Kelima, pada 10/07/2015, pihak MPSP menulis surat kepada ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin beserta Notis Mengosongan Bangunan memaklumkan bahawa tuindakan meruntuh kilang haram berkenaan akan dilakukan. Kenapa perkara berkenaan berlarutan dan tiada tindakan dilakukan oleh MPSP untuk merobohkan struktur haram berkenaan?
Segala yang berlaku di Kampung Sungai Lembu adalah disebabkan kegagalan Rejim DAP Pulau Pinang. Pengadunya adalah ADUN Penanti dari PKR, sebahagian komponen dalam Pakatan Harapan. Semalam, Joseph Lim Guan Eng telah 'kaw tim' dengan jawatankuasa penduduk Kampung Sungai Lembu dan menyalahkan Barisan Nasional. Cibai lah!