-
Laporan Ketua Audit Negara 2016 bagi negeri Johor mendedahkan puluhan juta wang rakyat Johor boleh diselamatkan sekiranya budaya amanah dan akauntabiliti benar-benar diamalkan di setiap peringkat pentadbiran negeri, kata seorang pemimpin AMANAH.
Timbalan Presiden Salahuddin Ayub merujuk siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 31 Julai laluyang memaparkan pelbagai isu dan kepincangan pentadbiran di negeri yang merupakan kubu kuat Umno.
“Puluhan juta wang rakyat Johor boleh diselamatkan sekiranya budaya amanah dan akauntabiliti benar-benar diamalkan di setiap peringkat pentadbiran negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Keyakinan ini semakin kuat apabila saya meneliti dengan tekun akan kedudukan negeri Johor dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016 bagi siri 1 dalam seksyen Pengurusan Aktiviti/Kewangan/Jabatan/Agensi dan pengurusan Syarikat Kerajaan.
“Audit telah secara khusus dan keras menegaskan bahawa negeri Johor berhadapan dengan kelemahan pematuhan prosedur serta dasar-dasar kerajaan dalam menguruskan projek,” katanya.
Menurut Salahuddin, laporan itu memperincikan bagaimana amalan tender terus yang diamalkan oleh Majlis Daerah Kota Tingg melebihi RM0.5 juta pada tahun 2015 dan 2016.
Selain ketiadaan tender terbuka, beliau berkata, perolehan sebanyak RM4.17 juta dikatakan dipecah-pecahkan kepada jumlah yang lebih kecil.
“Ini menyebabkan kos meningkat, sekaligus mewujudkan budaya kronisme,” katanya.
Contoh lain kata Salahuddin, laporan itu turut menyebut lima perolehan di beberapa pihak berkuasa tempatan yang melibatkan kos berjumlah RM0.90 juta yang masih belum digunakan dan terbiar.
Manakala satu lagi kes membabitkan peralatan gimnasium yang dibeli pada tahun 2015 yang masih tersimpan dalam kotak serta tidak diagihkan.
“Lebih mendukacitakan, penipuan juga berlaku di mana kontraktor yang sama tetapi mempunyai nama syarikat yang berbeza-beza demi membolot perolehan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri.
“Audit menyatakan bahawa ‘pemilihan kontraktor adalah tidak memuaskan kerana pemilihan kontraktor di MDP tidak mengikut kriteria yang ditetapkan. Di samping, harga kontraktor yang sama bagi setiap item’".
Salahuddin berkata, negeri Johor juga berhadapan dengan kualiti kerja yang tidak memuaskan dan kelewatan.
Kesan daripada ini akan menyebabkan kos projek meningkat, rakyat terkesan akan kelewatan menerima servis sekaligus menjejaskan kualiti perkhidmatan yang bakal diterima.
“Sedangkan mereka adalah pembayar cukai, cukai yang dibayar tidak setimpal berdasarkan apa yang mereka dapat,” katanya.
Sekira hadapi masaalah dengan peranti adroid sila gunakan firefox - chrome - ie
Related Posts :
Update Video Pengakuan Mahathir & Pembohongan PH >> Berita Malay 18 … Read More...
Update Guru merokok dalam kelas digantung tugas serta-merta >> Berita Malay 18 SITAPUR - Seorang guru di sebuah sekolah rendah di India digantung tugas serta-merta selepas video dia sedang merokok di dalam kelas tular… Read More...
Update [KUANTAN] BUKTI GERAKAN PENYATUAN UMMAH TEPAT >> Berita Malay 18 Pengakuan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kerajaan sekarang tidak kuat kemelayuannya walaupun dipimpin orang Melayu m… Read More...
Update [KUANTAN] BUKTI GERAKAN PENYATUAN UMMAH TEPAT >> Berita Malay 18 Pengakuan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kerajaan sekarang tidak kuat kemelayuannya walaupun dipimpin orang Melayu m… Read More...
Update MARUAH MELAYU ? MELAYU MANA ADA RUKUN ? >> Berita Malay 18JIKA SETAKAT NAK BELA MARUAH MELAYU ? HENTIKAN, MELAYU MANA ADA MARUAH ? SEJAK MERDEKA HINGGALAH ZAMAN SEKARANG, YANG MENGEPALAI NEGARA ADAL… Read More...