Update Reman SPRM tidak sah, exco Pulau Pinang dibebaskan >> Berita Malay 18

Peguam berkata, adun Sungai Puyu itu tidak akan ditahan semula SPRM.
Phee-Boon-Poh-penang-sprm-1GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini mengetepikan perintah reman 5 hari terhadap Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh dan 2 lelaki lain.
Sabtu lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya memohon perintah reman dari Mahkamah Majistret untuk membenarkan Phee dan 2 lelaki lain yang disiasat kerana rasuah berhubung sebuah kilang penapis karbon haram di Bukit Mertajam.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed mendapati perintah reman itu melanggar Seksyen 117 (5) Kanun Tatacara Jenayah.
“Perkataan ‘hendaklah’ dalam subseksyen 5 bermaksud mandatori, dan responden tidak menyerahkan hujah sebaliknya. Pemohon dinafikan keadilan asasi. Saya dengan ini mengetepikan perintah reman Mahkamah Majistret,” katanya dalam penghakimannya.
Subseksyen itu menyatakan majistret yang memutuskan tempoh tahanan reman perlu membenarkan tertuduh mewakili dirinya atau melantik peguam sendiri.
Ramkarpal Singh dan RSN Rayer yang mewakili Phee berkata, mereka tidak diberi peluang oleh penolong kanan pendaftar Mahkamah Majistret pada Sabtu lalu untuk menyampaikan hujah mereka.
Ramkarpal berhujah penolong kanan pendaftar Mahkamah Majistret membenarkan reman 5 hari tanpa mendengar pembelaan peguam tertuduh.
“Ia mempersendakan keadilan, jika sesiapa mempertahankan permohonan kesahihan perintah reman itu,” katanya.
Timbalan pendakwa raya, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman berkata, tiada peguam mewakili suspek tidak boleh diguna pakai dalam permohonan reman dan majistret atau pendaftar boleh menentukan berapa hari tertuduh direman.
Wahab kemudian mengingatkan timbalan pendakwa raya yang peguam Phee mendakwa mereka tidak dibenarkan membuat penghujahan kepada penolong kanan pendaftar. Beliau tanya timbalan pendakwa raya jika dakwaan itu benar.
Tengku Amir mengakui peguam Phee tidak berpeluang membuat penghujahan mereka kepada pendaftar.
Rayer berkata, permohonan reman itu perlu dianggar tidak teratur kerana pendakwa raya SPRM sudah mengakui beliau dan Ramkarpal tidak dibenarkan mewakili anak guam mereka.
Selepas keputusan itu dibuat, Ramkarpal mengarahkan pegawai SPRM melepaskan Phee yang masih digari.
Keluarga menangis
Terdahulu dalam mahkamah, Phee menangis sambil dipeluk kakaknya yang berusia 75 tahun.
Anak perempuan Phee yang sarat mengandung 8 bulan turut kelihatan menangis ketika beliau dan ahli keluarga lain memeluk pemimpin DAP itu.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :