Update RM16 Juta Dibayar Kepada Jana Niaga Oleh MBI Untuk Apa Sedangkan UNISEL Menang Kes Mahkamah 3 Kali? @SPRMMalaysia >> Berita Malay 18




Berdasarkan Minit Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (BOD) No D1/2015, Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) pemilik UNISEL, bertarikh 15/04/2015 seperti di bawah, mengesahkan pembayaran dari Menteri Besar Incorporated (MBI) sebagai pendahuluan sebanyak RM10 juta kepada Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) sebagai ''kompromi' telah ditukar kepada "penyelesaian". Sila baca Perkara 7.2.1.

Kedua, kenapa MBI membayar pendahuluan RM10 juta itu dan dalam masa sama kontrak JNSB disambung semula? Bukan itu sahaja, sebanyak RM6 juta lagi dibayar telah dibayar kepada JNSB. Perkara ini tidak ada logiknya memandangkan dalam perkara 7.2.7 di dalam minit di bawah mengatakan, "Mesyuarat juga telah dimaklumkan UNISEL telah menang dalam tiga (3) kes mahkama di antara JNSN dan UNISEL."

Adakah Menteri Besar Selangor, atau mana-mana pengarah PIYSB, sebagai pemilik UNISEL telah menerima apa-apa habuan, sogokan, komisyen atau sebagainya untuk "penyelesaian" ini? Apakah sebab ini Menteri Besar Selangor, Azmin Ali takut untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan SPRM? Adakah ini sebabnya pengurusan UNISEL membantah tindakan yang dilakukan oleh MBI?



Subscribe to receive free email updates: