
Laporan Ketua Audit Negara 2016 yang menyatakan terdapat sebanyak RM42.8 juta hasil gagal dikutip oleh Kerajaan Negeri Johor membabitkan Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor (UPENJ) membuktikan kerajaan BN terus menggadai aset negeri.
Kegagalan dalam kutipan ini adalah berpunca daripada Projek Ladang Hutan (PLH) yang membabitkan sebanyak 73888.8 hektar (182579 ekar) yang melibatkan tanah Hutan Simpan Kekal (HSK), Cadangan Hutan Simpan Kekal (CHSK) dan tanah kerajaan daerah Kluang, Segamat, Kota Tinggi dan Mersing.

Menurut Timbalan Pengerusi AMANAH Negeri Johor, Dzulkefly Ahmad, PLH yang dijalankan di negeri ini adalah melibatkan proses menghutankan semula tanah hutan terosot untuk dijadikan bekalan kayu untuk perabot di negeri Johor.
Menurut beliau lagi, terdapat sepuluh syarikat yang diberikan hak untuk menguruskan projek di kawasan hutan ini dengan tujuan untuk menanam semula pokok bagi memperbanyak industri kayu di negeri itu.
"Matlamat PLH pada asalnya adalah untuk menghutankan semula kawasan hutan terosot tanpa melibatkan perbelanjaan kerajaan negeri di samping tidak bergantung kepada bekalan kayu dari hutan asli sahaja bagi menjamin kelangsungan industri perabut di Johor.
"10 pengusaha telah dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi melaksanakan PLH bagi tempoh antara 30 hingga 60 tahun bermula dari tahun 2001 - 2009. Pengusaha akan menanam Pokok Getah Balak (Timber Latex Clone), pokok Akasia serta lain-lain pokok hutan," kata Dzulkefly.
Beliau berkata, terdapat enam buah syarikat pengusaha yang tidak membayar Permit Penggunaan, dua pengusaha pula tidak membayar 'Tapping Right' dan dua syarikat lagi tidak membayar Hak Penggunaan yang sekaligus membawa sangsi kepada tindakan yang berlaku ini.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update [Video Sup, sup! Tergamak anda cabar saya letak jawatan, kata Pandikar] Hidup Sabah! Pandikar Amin Mulia & Salleh Said Keruak pun keluar Umno...Tinggallah Bung Moktar sorang2. Kah3. >> Berita Malay 18Rabu, 12 Disember 2018
Salleh Keruak, Pandikar antara yang tinggalkan Umno
Bekas menteri komunikasi dan multimedia Salleh Said Keruak a… Read More...
Update Berbanggakah TERIMA Pemimpin UMNO pemakan rasuah masuk PH? >> Berita Malay 18
KOTA KINABALU: Hari ini Umno Sabah menyaksikan kepimpinannya bertindak keluar parti beramai-ramai apabila sembilan daripada 1… Read More...
Update [Video Tony Pua: Arul Kanda Merupakan CEO Paling Bodoh Di Malaysia?] Kena Lebai PAS setepek! Hahaha & Najib dan Arul kena 2 tepek petuduhan (berhubung pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB) Kahkahkah. >> Berita Malay 18Rabu, 12 Disember 2018
Kena Lebai PAS setepek! Hahaha
Otai BERSIH
Anwar Shah berangan anti cina..padahal hari2 makan pakai semua bara… Read More...
Update Salleh Keruak, Pandikar antara yang tinggalkan Umno >> Berita Malay 18Salleh Keruak, Pandikar antara yang tinggalkan Umno: Mereka adalah antara pemimpin Sabah yang meninggalkan Umno secara beramai-ramai pada pe… Read More...
Update Semasa PM, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung kerosakan kewangan negara berlaku secara sistematik dan meluas & Luahan hati ahli lembaga pengarah Tabung Haji >> Berita Malay 18Rabu, 12 Disember 2018
Semasa PM, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung kerosakan kewangan negara berlaku secara sistematik dan meluas.
… Read More...