KEPALA BATAS - Sambutan luar biasa diberikan masyarakat Kepala Batas dalam program Jelajah Semarak, di sini memberikan isyarat jelas kepada Umno supaya berjaga-jaga pada PRU14.
Pengerusi Bersatu Pulau Pinang, Marzuki Yahya berkata, kehadiran orang ramai dianggarkan mencecah lebih daripada 5,000 orang dalam program Jelajah Semarak kali ini.
"Saya dapati sambutan yang diterima cukup luar biasa.Ini menunjukkan bahawa satu semangat yang dah semakin hari semakin bertambah terutama di kawasan Kepala Batas ini.
"Kepala Batas merupakan salah satu daripada kubu kuat Umno, dan saya yakin bahawa dengan program malam ini akan memberi impak yang kuat kepada Umno untuk mereka berjaga-jaga bahawa pada PRU14 nanti kemungkinan besar Pakatan Harapan akan merampas kerusi di Kepala Batas," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Jelajah Semarak di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) semalam.
Menurutnya, sokongan masyarakat ini petanda yang baik kepada Pakatan Harapan sendiri.
"Ia merupakan satu tanda yang baik kepada Bersatu dan Pakatan Harapan khususnya bahawa kita diterima dengan baik dan jelas oleh masyarakat disini.
"Pada masa sama saya yakin terutama kepada Bersatu ini adalah satu petanda kita memacu kejayaan dalam memenangi PRU14 ini," katanya.
Mengulas sama ada Bersatu akan bertanding di Kepala Batas, katanya pihaknya kini masih dalam proses perbincangan.
"Kita masih dalam proses perbincangan dan soal kerusi akan ditentukan selewatnya hujung bulan ini," katanya.