Ketua cawangan UMNO digesa menjadi proaktif dalam menangkis fitnah daripada ahli parti pembangkang.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka perlu bersedia dengan fakta tepat dalam berdepan tohmahan pembangkang menjelang pilihanraya umum.
Menurutnya, pembangkang dilihat semakin kerap melemparkan fitnah atau tuduhan tidak berasas dan perlu ditangani dengan hujah yang kukuh.
“Dulu mereka kata kerajaan nak jual negara melalui projek Bandar Malaysia yang dibangunkan di Sungai Besi. Bila gagal mempengaruhi rakyat dengan isu itu, mereka sebarkan pula projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) yang kononnya membabitkan kita berhutang dengan kerajaan China.
“Ini semua adalah fitnah yang tidak berasas dan kerajaan membuat pelaburan untuk rakyat. Tidak sepatutnya timbul soal ini jual negara kerana nilai pelaburan China di Malaysia ialah di tangga ke-11, jauh nak dibandingkan dengan nilai pelaburan oleh Amerika Syarikat,” kata Ahli Parlimen Bera itu.
Ismail Sabri yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera berkata demikian selepas menghadiri perjumpaan khas dengan 55 Ketua cawangan di Bangunan UMNO Bahagian Bera, Rabu.
Related Posts :
Update Suspek Kes Samun, Rogol Lari Dari Tahanan Polis >> Berita Malay 18
Shah Alam - Seorang suspek kes samun dan rogol Kampung Rantau Panjang, di sini dua minggu lalu, melarikan diri daripada tahanan polis petan… Read More...
Update Muka Garang, Saudara Tak Berani Tanya Pasal Jodoh - Izreen Azminda >> Berita Malay 18
Jika anda masih single atau belum mempunyai cahaya mata, kedatangan Aidilfitri mungkin akan menjadi medan saudara mara untuk bertanyakan so… Read More...
Update Dulu Solat Tarawih Ekspres, Kini Solat Tarawih Menari Pula >> Berita Malay 18
Ramadhan tahun lalu gempar di media sosial memperkatakan sebuah rakaman video solat Tarawih ekspres di Jawa Timur, Indonesia.
Video itu me… Read More...
Update DOJ berani londeh tarikh,nama,t/tangan secara detail... >> Berita Malay 18
Tindakan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) ke atas 1MDB bukan campur tangan asing sebaliknya hasil siasatan y… Read More...
Update (6 Gambar) Suami Isteri Maut Ditetak Anak Sendiri Di Kuala Lipis >> Berita Malay 18
Sepasang suami isteri Orang Asli maut ditetak anak sendiri dalam kejadian di Pos Lenjan, Kuala Lipis pagi tadi.
Dalam kejadian itu, mangsa… Read More...