Berikutan penahanan bekas Pengerusi Felda Global Ventures atau FGV, Isa Samad oleh SPRM untuk disiasat berhubung pembelian dua hotel, satu di London dan satu lagi di Kuching yang dikatakan melebihi harga pasaran, beberapa persoalan kini berlegar di perbincangan umum.
Ada yang bertanya, apakah Isa Samad saja yang ditahan atau beberapa nama lagi yang diketahui pernah disiasat SPRM, akan turut menerima nasib yang sama?
Seperti yang diketahui umum, antara pemimpin UMNO yang pernah diambil keterangan oleh SPRM sebelum ini ialah Pengerusi Felcra, Bung Mokhtar Radin dan bekas Pengerusi Mara merangkap Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa.
Bung Mokhtar diambil keterangan selama beberapa jam berhubung penggunaan dana Felcra untuk membeli saham amanah yang didakwa melibatkan kepentingan isterinya, manakala Annuar pula berkaitan penajaan anak syarikat Mara terhadap pasukan bolasepak Kelantan.
Kedua-dua kes itu masih tiada khabar berita sehingga ini dan persoalan ramai, apakah selepas Isa Samad, gilliran mereka akan menyusul tiba?
Jika tiada sesiapa ditahan selepas Isa Samad, persoalan lain ialah apakah juga beliau benar-benar akan didakwa di mahkamah selepas ini atau penahanannya hanya sekadar untuk memaksanya bersara dan melepaskan jawatan sebagai Pemangku Pengerusi SPAD yang disandangnya sekarang?
Tidak kurang yang meragui penangkapan Isa yang kini ditahan reman selama lima hari hanyalah sekadar wayang opera Cina semata-mata untuk menunjukkan kepada rakyat kerajaan pimpinan Najib Razak kononnya benar-benar serius dan tegas memerangi rasuah.
Yang meragui itu berkata, Najib tidak mungkin berani memanjangkan kes rasuah melibatkan Isa Samad sehingga kepada pendakwaan, apatah lagi sampai kepada hukuman penjara.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update [VIdeo Ekh silap', Anwar salah masuk kereta] #Alfatihah Hero Negara! Tragedi anggota bomba lemas di lombong Putra Perdana! Rangkuman PRK PD: Anwar buat 'kejutan' di kem tentera. >> Berita Malay 18Khamis, 4 Oktober 2018
Dear friends, URGENT.
Malam ni jam 6pm seorang budak tingkatan 5 jatuh dan hilang di kawasan lombong nearby Taman… Read More...
Update [Video SIAPA YANG ANDA PERCAYAI-Anwar atau Hadi & Rosmah arrested, who's next? Adios UMNOOOO...Ingat hari ini RAKYAT YANG BERKUASA, BUKAN PARTI POLITIK, BUKAN ULAR DALAM SEMAK. >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video Rosmah ditahan, apa kata Lokman Adam] Rosmah bermalam di dalam lokap SPRM! APA PERASAAN RAKYAT MALAYSIA? Syukur Alhamdulillah? Suka? Sudah sepatutnya? Kesian dan simpati? Tak patut? Peluang untuk muhasabah? >> Berita Malay 18Khamis, 4 Oktober 2018
DSAI dah keluar. RUPANYA MRT untuk penyokong najib rosmah melawat mereka di Sg. Buloh! Hahahha.
Eisya
Otai BERSIH
… Read More...
Update Remaja perempuan maut dibelasah, mayat digantung atas pokok - Global - Sinar Harian >> Berita Malay 18Remaja perempuan maut dibelasah, mayat digantung atas pokok - Global - Sinar Harian
… Read More...
Update [Video Saya Tak Tahu di Mana Rosmah - Peguam] Yang DiPertuan Gadih Minang Puan Puti Reno Datin Seri Rosmah Mansor bermalam di dalam lokap SPRM! Aku di Port Dickson. Tak dapek den nak nolong eh! Doa Najib buat Rosmah & Anak, menantu simpati dengan Rosmah. >> Berita Malay 18Khamis, 4 Oktober 2018
Aku sedih dapat tahu Yang DiPertuan Gadih Minang Puan Puti Reno Datin Seri Rosmah Mansor akan bermalam di dalam l… Read More...