Banyak misteri timbul berhubung laporan kegagalan 1MDB membayar AS$602 juta atau RM2.6 bilion kepada IPIC sebagaimana yang dipersetujui dalam penjanjian penyelesaian antara kedua-dua syarikat itu sebelum ini.
Separuh daripada jumlah itu iaitu RM2.6 bilion sepatutnya dibayar kepada IPIC sebelum lewat malam 31 Julai atau sebelum 12 tengahari tadi waktu Malaysia, tetapi dilaporkan tiada pembayaran dibuat oleh 1MDB kepada IPIC sehingga tempoh yang ditetapkan itu berakhir.
Sudah tentu kegagalan 1MDB membuat pembayaran itu menimbulkan banyak persoalan?
Apa jadi sebenarnya?
Apakah 1MDB tiada wang atau tidak cukup wang untuk membuat bayaran?
Jika tiada wang dan tidak mampu membayar hutang, bagaimana 1MDB boleh menghantar ribuan jemaah haji ke Mekah setiap tahun?
Bukankah juga Najib Razak selalu mengatakan 1MDB berada di landasan pemulihan yang betul, ada banyak wang serta ada aset dalam perniagaan?
Maka, seperti sukar dipercayai bahawa 1MDB tiada wang, lebih-lebih lagi bagi penyokong tegar UMNO dan pengampu setia Najib.
Kalau demikian, bilakah sebenarnya 1MDB mahu membuat pembayaran kepada 1PIC?
Adakah keadaan ini memperlihatkan 1MDB sedang dalam proses memohon penangguhan untuk membuat pembayaran atau sengaja mengengkari perjanjian?
Akhirnya, bila sebenarnya wang mahu dibayar?