
Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Setiausahanya hari ini diperintahkan membayar ganti rugi berikutan keputusan salah mereka dalam menggantung dua penerbitan The Edge selama dua bulan berhubung satu siri laporan mengenai 1MDB.
Keputusan itu dibuat oleh panel lima anggota yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang menolak rayuan kementerian dalam negeri.
"Tidak ada merit dalam rayuan kerana tidak ada rayuan oleh pihak perayu berhubung liabiliti," katanya sepeti dilapor Malaysiakini.
Hakim Zulkefli juga berkata mereka tidak akan menjawab tiga soalan yang ditujukan kepada mahkamah berhubung rayuan itu.
Difahamkan ganti rugi kepada akhbar yang terjejas akan membabitkan jumlah yang besar.
Jumlah itu akan ditentukan oleh mahkamah tinggi, dengan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan esok untuk pengurusan kes.
The Edge Communications Sdn Bhd yang menerbitkan The Edge Financial Daily dan The Edge Weekly digantung antara 23 Julai dan 21 September 2015.
The Edge Communications diwakili peguam Daryl Goon dan Raja Eileen Soraya Raja Aman manakala Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke mewakili kementerian dalam negeri.
KDN menggantung permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan dari 27 Julai 2015 berkaitan laporannya mengenai isu 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update UEC setaraf diploma, ijazah? >> Berita Malay 18
UEC (Sijil Peperiksaan Bersama) setaraf pemegang diploma, ijazah? Itu persoalan yang ditanya oleh netizen sejak semalam apabila iklan gega… Read More...
Update ‘PENJIMATAN' YANG MERAGUKAN, TUNJUK BUKTI DAN TAK PERLU ACAH JADI WIRA >> Berita Malay 18
Pemuda UMNO Malaysia mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar mendedahkan kepada umum hasil kajian terperinci berhubung ‘penjimatan… Read More...
Update MB N.9 Sokong UEC BABI BUTA: Tak Tau Beza dengan SRJKC >> Berita Malay 18
[NEGERI SEMBILAN]
Negeri Sembilan turut menyokong UEC sepertimana dalam manifesto PH.
Cumanya admin keliru sikit dengan pernyataan MB n… Read More...
Update ‘PENJIMATAN' YANG MERAGUKAN, TUNJUK BUKTI DAN TAK PERLU ACAH JADI WIRA >> Berita Malay 18
Pemuda UMNO Malaysia mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar mendedahkan kepada umum hasil kajian terperinci berhubung ‘penjimatan… Read More...
Update Mula Dipersalahkan DS @NajibRazak, Kemudian Minta Tolong Selesaikan Masalah Rakyat, Gilakah Ini Menteri? >> Berita Malay 18
CTS telah membuat ramalan di dalam posting semalam, baca di sini, yang berbunyi,
Kali ketiga ditanya wartawan, Menteri yang berkenaan k… Read More...