JABATAN Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan penangguhan saman sivil untuk merampas aset berbilion dolar yang dikaitkan dengan kleptokrasi di Malaysia kerana proses penemuan bukti boleh menjejaskan siasatan jenayah yang dijalankan.

“Pendedahan itu boleh menyebabkan kemusnahan bukti, peluang untuk subjek dan sasaran melarikan diri, atau pendedahan dan gangguan terhadap saksi yang berpotensi, kata Ejen Khas Jill Enyart dalam satu deklarasi yang dilaporkan Variety.
Proses penemuan juga akan “menjejaskan keselamatan beberapa kakitangan penguatkuasa undang-undang antarabangsa” ketika menghalang kerajaan luar campur tangan dalam siasatan yang sedang berjalan.
Saman sivil itu kini ditangguhkan dan pendakwaraya persekutuan akan memaklumkan perkembangannya kepada mahkamah setiap enam bulan.
Syarikat peaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini dalam siasatan pihak kerajaan Amerika Syarikat terhadap dakwaan penyelewengan, penggubahan wang haram dan rasuah di peringkat tertinggi kerajaan.
Bagaimanapun Barisan Nasional, parti yang memerintah di Malaysia mengambil pandangan berbeza berhubung notis pihak pendakwaraya AS untuk menangguhkan saman sivil.
Jurucakapnya, Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN Eric See-to berkata tindakan DoJ itu bermakna pentadbiran AS sebelum ini “mengambil tindakan tanpa bukti yang cukup untuk membawa kes ke depan”.
See-To berkata tindakan untuk menggantung saman itu dibuat DoJ di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump, boleh “membuka jalan untuk perbincangan yang membina” antara Malaysia dan AS, dengan kejayaan lawatan Setiausaha Negara AS Rex Tillerson ke Kuala Lumpur minggu ini.
“Sekiranya Jabatan Kehakiman AS mempunyai bukti yang cukup untuk failkan dakwaan jenayah ke atas individu terbabit, dakwa mereka dan biar mahkamah dan individu terlibat membuktikan sama ada mereka bersalah atau tidak.
“Sebelum dakwaan seperti itu difailkan, kerajaan AS pada dasarnya membekukan banyak perkara tentang saman sivil itu,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update Perdana Menteri Menjawat Sebagai Menteri Pelajaran, Mana Janji Buku Harapan? >> Berita Malay 18
Di atas tertera salah satu janji-janji atau manifesto di dalam Buku Harapan iaitu 'Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan Menteri … Read More...
Update [Video Dr M jawab isu polis geledah rumah Najib] Geledah rumah Najib: Tidak ada niat seksa sesiapa, kata Dr M. >> Berita Malay 18Khmis, 17 Mei 2018
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata pihak polis mempunyai alasan yang cukup untuk menyerbu rumah bekas perdan… Read More...
Update [Video Mahathir menteri pelajaran, Wan Azizah pula menteri wanita] Tun M: Saya ambil alih portfolio pendidikan kerana saya fikir ramai orang tidak berpendidikan di negara ini. >> Berita Malay 18Khamis, 17 Mei 2018
Mahathir menteri pelajaran, Wan Azizah pula menteri wanita
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumu… Read More...
Update PM pegang MENTERI PELAJARAN, TPM pegang MENTERI KEBAJIKAN, KELUARGA DAN WANITA >> Berita Malay 18
Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beliau akan memegang jawatan Menteri Pelajaran manakala timbalannya, Dr Wan Azizah Wan … Read More...
Update [Video Bos baru SPRM - Shukri Abdull] Bos baru SPRM: 'Politikus, hakim ingatlah akhirat' >> Berita Malay 18Khamis, 17 Mei 2018
Shukri Abdull bos baru SPRM
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan bekas pegawai kanan Suru… Read More...