Update SPRM: Lakukan penahanan kerana rasuah atau politik? >> Berita Malay 18

Keaktifan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha memerangi rasuah hanya menjurus kepada pemimpin dan penyokong pembangkang berbanding penyelewengan yang dikaitkan dengan 'Malaysian Official 1' (MO1) dan isteri MO1 dalam isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Presiden Amanah Mohamad Sabu menegaskan sepatutnya SPRM bertindak kepada sesiapa sahaja bukan dakwaan terpilih.
"Kedengaran sahaja mereka yang ditahan oleh suruhanjaya itu setiap hari dan kita alu-alukan peranan SPRM untuk membongkar salah laku dan rasuah seterusnya memberikan kepada peguam negara untuk didakwa di mahkamah.
"Walau bagaimanapun, menjadi persoalan besar apabila SPRM dilihat seperti mengikut arahan tertentu apabila menahan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Sungai Puyu Phee Boon Poh serta didakwa menggeledah pejabat anak-anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa terlibat rasuah.
"Apa yang menghairankan kita adalah ratusan laporan dibuat terhadap penyelewengan wang membabitkan MARA, penyelewengan Tabung Haji dalam isu pembelian tanah TRX, penyelewengan Tabung Angkatan Tentera, serta penyelewengan dalam FELDA, namun hanya pegawai-pegawai rendah ditangkap.
"Kita mengalu-alukan tindakan SPRM melawan rasuah tetapi jangan sampai dilihat memenuhi nafsu Perdana Menteri untuk membalas dendam kepada lawan politiknya," ujarnya dalam kenyataan.

Sebagai rekod pada 11 Ogos lalu Phee,, ditahan oleh SPRM semasa sedang memberi kenyataan di pejabat agensi itu di Pulau Pinang berhubung dakwaan menggunakan pejabat atau kedudukan untuk mendapatkan ganjaran.Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :