Ini cerita yang disampaikan oleh seorang sahabat mengenai anak perempuannya yang baru berusia 9 tahun.
Dua malam lalu, beliau bersama keluarganya sedang berehat-rehat di ruang tamu selepas menikmati makan malam sambil menonton siaran berita di televisyen.
Ketika itu terpampang di kaca televisyen berita mengenai Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi yang disusuli dengan siaran petikan ucapannya sambil berbaju Melayu ketika merasmikan mesyuarat UMNO.
Sahabat saya itu tidaklah menumpukan sangat perhatiannya kepada siaran berita tersebut ketika itu, sebaliknya hanya menonton secara sambil lewa saja.
Beliau lebih sibuk melayan telefon pintar dalam genggamannya yang dirasakannya lebih bermanfaat untuk mendapatkan berita yang benar, tepat, sahih serta pantas.
Ketika petikan ucapan Zahid Hamidi sedang tersiar itu, anak perempuannya yang sedang membelek-belek buku sekolahnya tiba-tiba bangun lalu mengalih siaran televisyen sambil berkata, "sudah-sudahlah tu buat komedi...."
Selepas mengalih siarannya, anak perempuannya itu kemudian kembali menatap buku-buku sekolahnya semula seolah-olah ucapan Zahid Hamidi itu begitu mengganggunya.
Sahabat saya tergamam dan memandang wajah isterinya, kemudian mereka senyum dan ketawa sesama sendiri.
Beliau segera terfikir, bagaimana anaknya yang baru berusia 9 tahun sudah ada penilaian sedemikian rupa?
Read More / Baca Lagi >>