R Sivarasa, Ahli Parlimen Subang dan peguam Anwar Ibrahim, cuba menjadi hero dengan mengatakan Ya! Anwar Ibrahim ada membuat kenyataan mengulas mengenai insiden #NothingToHide2 dan meminta supaya pohak berkuasa memgambil tindakam tegas kepada pencetus ketegangan.
Sivarasa memyangkal dakwaan Penolong Komisioner Penjara, Supri Hashim yang menyatakan bahawa banduan dilarang mengeluarkan kenyataan. Apabila ditanya wartawan adakan Anwar Ibrahim sendiri menyediakan draf kenyataan berkenaan, Sivarasa gagal untuk menjawab. Nampak sangat Sivarasa pembohong.
Saya lebih suka kalau Sivarasa betul dan Anwar Ibrahim benar-benar membuat kenyataan tersebut. Ini bermakna Anwar Ibrahim sebagai seorang banduan telah melanggar prosedur penjara. Dalam erti kata lain, dalam penjarapun Anwar Ibrahim tidak dapat mengikut peraturan, beliau tidak layak untuk mendapat pengampunan atau hukiman beliau disingkatkan untuk parol.