Dua lelaki dipercayai penagih dadah lolos dari tahanan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Temerloh di pejabat agensi itu di sini semalam.
Pengarah AADK Pahang, Abdul Ghani Abdul Rahman berkata, Hairul Nizam Jasmi, 36, dan Mohammad Azmil Mohammad Khalib, 33, masing berasal dari Taman Sri Kemuning, Temerloh sedang dikesan pihaknya selepas melarikan diri ketika ditahan di ibu pejabat AADK Temerloh.
Difahamkan dua lelaki terbabit ditahan dalam operasi besar-besaran membanteras aktiviti pengedaran dan penagihan dadah dijalankan AADK Pahang di sekitar Temerloh sebelum mereka meloloskan diri kira-kira jam 9 malam.
Abdul Ghani berkata, polis turut memberikan kerjasama dalam operasi mencari dua lelaki terbabit dan pihaknya turut melakukan siasatan dalaman mengenai kejadian berkenaan.
"Siasatan dalaman juga sedang dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana suspek meloloskan diri. Adakah anggota kita melanggar SOP (prosedur operasi standard) kerja. Itu kita akan siasat," katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua lelaki itu boleh menyalurkan kepada AADK Temerloh atau menghubungi balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut.
Taman Seri Kemuning adalah lokasi perumahan kos rendah flat dua bilik sering dijadikan sasaran AADK membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di kawasan tersebut.
Related Posts :
Update [KUANTAN] MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SAYEMBARA DPMP >> Berita Malay 18
Kuantan, 24.9.2018 - YB Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wa… Read More...
Update PARTI UMNO HILANG KERAMAT >> Berita Malay 18SEMANGAT KERAMAT PADA UMNO SUDAH HILANG SEBAB ITU MEREKA RAMAI TINGGALKAN PARTI, TAK SANGGUP SUSAH, TAK SANGGUP TERIMA CABARAN.
APA YA… Read More...
Update [KUANTAN] MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SAYEMBARA DPMP >> Berita Malay 18
Kuantan, 24.9.2018 - YB Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wa… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/09/update-video-gaya-hidup-pas-hadi-dah.html">Update [Video Gaya Hidup Pas Hadi Dah Macam Umno Najib Rosmah] "Begitulah Abg Mat, boleh tido lena di mana saja!" Menteri duduk di kelas ekonomi, Panglimanya di Bisnes Class? BEZA SUNGGUH Nazir Razak (CIMB) DENGAN ABANGNYA NAJIB RAZAK, urus 1MDB sampai terlingkup >> Berita Malay 18Selasa, 25 September 2018
Otai BERSIH menambah 2 foto baharu
15 jam ·
… Read More...
Update [KUANTAN] PENSTRUKTURAN SEMULA MAMPU BAIKI KEWANGAN PAIP >> Berita Malay 18
Penstrukturan semula Industri semula air Pahang kini berada di peringkat akhir dan dijangka dimuktamadkan pada penghujung bulan depan.… Read More...