Kerajaan digesa menubuhkan tiga lagi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan kepentingan negara selain RCI Memali.
Tiga RCI tersebut termasuklah bagi meneliti khabar angin yang mendakwa bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa bagi melindungi dirinya daripada skandal membabitkan syarikat pelaburan milik negara, 1MDB.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang membuat desakan itu dengan merujuk kepada peristiwa pemecatan Tan Sri Gani Patail selaku Peguam Negara dan digantikan dengan Tan Sri Mohamad Apandi Ali ketika ada cakap-cakap bahawa Gani akan mendakwa Najib.

Apandi, sejurus lantikan itu, bertindak membebaskan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan 1MDB dan mendakwa RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi pemimpin itu adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.
“RCI adalah alat yang berguna untuk menggali kebenaran mengenai sesuatu isu sambil mengalakkan sikap telus, kebertanggungjawaban dan pentadbiran yang baik,” kata Kit Siang dalam kenyataan.
Selain itu, menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu, kerajaan Persekutuan juga harus dengan segera menubuhkan RCI bagi menyiasat skandal melibatkan 1MDB, serta menyiasat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) serta anak syarikatnya Felda Global Ventures Berhad (FGV).
“Jika Najib tidak bersedia membentuk RCI terhadap tiga isu penting ini, rakyat akan melihat dia menyalahgunakan kuasa sebagai Perdana Menteri dengan menubuhkan RCI terhadap isu lapuk yang sudahpun menjadi sejarah demi kepentingan politik,” katanya.
Pelbagai pihak termasuk Pas mendesak RCI berkaitan Memali ditubuhkan dan disambut baik oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi meneliti semula peristiwa berdarah Memali di Kedah pada 1985 yang telah meragut 18 nyawa termasuk empat daripadanya anggota polis.
Related Posts :
Update SELAMAT DATANG MO1...... >> Berita Malay 18
MASIH INGAT !!
Pada September tahun lepas Rahman Dahlan sendiri akui #MO1 memang Najib..
“Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, … Read More...
Update TAMBAH SORANG LAGI DUTA KHAS/ penasihat Najib ??! >> Berita Malay 18
Terdahulu terdapat 3 'punahsihat' Najib yg bergaji lebih dari PM sendiri iaitu Samy Vellu, Shahrizat Jalil & Noh Omar dgn bergaji RM27,… Read More...
Update Keyakinan PAS tanpa Nik Aziz >> Berita Malay 18
Bau sayur, ikan, beras dan kuih-muih yang bersatu dalam Pasar Siti Khadijah masih sama seperti selalu. Ia adalah bau yang mesra pada d… Read More...
Update Sungai Siput: PKR, DAP dan PSM perlu duduk semeja, kata Rafizi >> Berita Malay 18Satu 'persefahaman' dalam membincangkan kerusi ditandingi dalam pilihan raya umum ke-14 perlu walaupun PSM bukan dalam PH
SUNGAI BESI: PKR,… Read More...
Update Utamakan kepentingan rakyat, Pakatan Harapan mesti bersatu, kata Ambiga >> Berita Malay 18
… Read More...