Update Umno, BN makin tersepit >> Berita Malay 18

Beberapa hari ini timbul soal hubungan dan kesetiaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Datuk Seri Najib Razak akibat “serangan” yang dilancarkan oleh timbalan perdana menteri itu ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada 30 Julai, Ahmad Zahid mengungkit sejarah Dr Mahathir yang berketurunan dari India dan mendakwa bekas perdana menteri itu mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun pentadbirannya.Keesokannya pada 31 Julai, Dr Mahathir mencabar Ahmad Zahid membuktikan dakwaannya tersebut malah menyifatkan beliau sebagai kaki pembohong.

Beliau mendakwa Ahmad Zahid mempunyai cita-cita mengambil alih jawatan perdana menteri dan pernah membuat pengakuan kepadanya bahawa dirinya memiliki RM230 juta dalam akaun banknya.
Ahad lalu, Najib menyatakan keyakinan penuh terhadap kesetiaan timbalannya meskipun Dr Mahathir cuba menimbulkan keraguan. Malah pada hari sebelumnya, Ahmad Zahid berikrar akan terus setia kepada kepimpinan Najib melalui kalimah sumpah.
Katanya, taat setia yang dilafazkan itu bagi menangkis dakwaan yang dilemparkan ke atasnya iaitu mahu menggulingkan Najib.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut mempertahankan persefahaman antara dirinya dengan timbalan perdana menteri dan perdana menteri serta menyifatkan usaha pembangkang untuk melaga-lagakan mereka tidak akan berjaya.
Hmm menarik! Serangan politik memang menjadi adat resam dalam gelanggang pencak silat berpolitik.Itu biasa, terutama menjelang pilihan raya umum (PRU). Cuma dalam kes ini, serangan pertama atau the first salvo telah dibuat oleh Ahmad Zahid terhadap Dr Mahathir tetapi kelihatannya yang terpaksa banyak bertahan ialah penyerang itu sendiri.

Yang dikatakan cuba menimbulkan keraguan ialah Dr Mahathir. Yang dikatakan cuba melaga-lagakan antara mereka ialah pembangkang, sedangkan serangan awal dilakukan oleh Umno BN sendiri.
Mengapa begitu? Apakah kerana muafakat Pakatan Harapan menggugat kekuatan BN?
Apakah kerana kedudukan Ahmad Zahid sebagai timbalan perdana menteri tidak kukuh, hanya sebagai pengganti sementara? Apakah kerana “serangan balas” Dr Mahathir merencatkan cita-cita politik Ahmad Zahid?
Apakah memang benar wujud persaingan kuasa antara Najib, Ahmad Zahid dan Hishammuddin? Peribahasa “kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang” mungkin sesuai di sini.
Kenaikan harga barangan
Pada pendapat saya, jawapan kepada soalan-soalan ini tidak begitu penting kerana ia berupa gerakan percaturan politik yang boleh berubah-ubah.
Bahkan, apa-apa pun jawapan yang diberi boleh menimbulkan lebih banyak persoalan yang akhirnya menjadi polemik yang tiada kesudahan.

Yang lebih penting ialah apakah kesannya kepada nasib dan masa hadapan rakyat. Agenda rakyat berkait bread and butter atau mata pencarian utama sebenarnya yang bakal menentukan keputusan dalam PRU-14 kelak. Bukankah lebih penting untuk perdana menteri, timbalan perdana menteri dan yang sewaktu dengannya untuk menumpu perhatian terhadap isu penyelesaian hutang 1MDB sebanyak RM2.58 bilion yang terlepas tarikh luputnya pada 31 Julai lalu?
Bukankah lebih penting untuk menyelesaikan masalah Felda yang kini mengalami kerugian setiap tahun dan masalah peneroka yang tidak boleh selesai hanya dengan pemberian durian runtuh yang tidak jelas dari mana sumber wangnya?
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :