Update Umno umpan hadiah supaya ahli datang mesyuarat, dakwa Mukhriz >> Berita Malay 18

Beliau berkata Umno kini tidak lagi seperti dahulu, tetapi mereka masih bermegah dengan pencapaian yang terhasil di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad.
ppbmBUTTERWORTH: Umno memberikan hadiah kepada ahli parti untuk menarik mereka menghadiri mesyuarat bahagian di Kedah, dakwa bekas menteri besar negeri itu Datuk Seri Mukhriz Mahathir malam tadi.
Pemimpin PPBM itu berkata beberapa Umno bahagian menganjurkan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah seperti dron, kenderaan dan rumah.
“Itu keadaan Umno ketika ini, kerana nila setitik ni sudah rosak dah parti itu,” katanya, merujuk kepada Presiden Umno sekarang, Datuk Seri Najib Razak.
“Bukan setakat gerek (basikal), motor pun ada, kereta pun ada…bukan setakat itu, rumah PPR pun ada cabutan bertuah! Sampai macam tu sekali sebab nak orang datang ke mesyuarat bahagian.
“Umno bukan lagi parti yang boleh diselamatkan, bukan setakat itu, tidak layak diselamatkan,” katanya di satu ceramah di padang Majlis Perbandaran Sebarang Perai (MPSP) di Kepala Batas.
Mukhriz menyertai jelajah “3M” bersama Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam program yang dinamakan Jelajah Semarak. Hampir 3,000 orang berhimpun untuk mendengar ceramah yang tamat sekitar tengah malam.
Beliau menambah keadaan dalaman Umno sekarang ini membuatkan mereka nekad untuk terus mengkritik sehinggalah antara mereka dipecat dari parti itu.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :