Amanah Kelantan pilih model Nabi Yusuf bila dapat tadbir negeri
Negeri Kelantan akan menggunakan model yang ditunjukkan Nabi Yusuf alaihissalam dalam mengurus khazanah negeri bila dipilih mentadbir negeri, kata Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa.
Beliau berkata ketelusan dan usaha meningkatkan keupayaan ekonomi rakyat adalah teras utama yang akan digunapakai nanti.
"Sikap tidak peduli terhadap pekerja dan golongan daif yang jadi amalan kerajaan sekarang akan diganti dengan perancangan khas meningkatkan taraf hidup mereka," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menyentuh mengenai guru-guru Yayasan Islam Kelantan dan penerima bantuan ladang rakyat. Beliau berkata penyelesaian dapat dibuat jika kerajaan benar-benar mengambil langkah wajar.
"Isu guru-guru YIK yang tidak dapat diserap ke jawatan tetap telah berlarutan begitu lama.
"Saya sendiri amat faham masalah ini kerana ayah saya mengajar di sekolah YIK dan ramai adik beradik saya bersekolah di situ.
"Sebenarnya jika khazanah hasil negeri diurus dengan betul dan sistem YIK diubahsuai sedikit satu penyelesaian amat mudah dilakukan.
Beliau yang juga Adun Salur enggan mendedahkan semua kaedah mengenai hal itu, berjanji kepada semua guru di YIK mereka akan diserap ke jawatan tetap bila AMANAH mentadbir kelak.
"Kita tak perlu terangkan semua sekarang nanti mereka tiru.
"Tapi kirim salam kepada semua guru YIK kita janji akan selesaikan masalah mereka," katanya.
Berkaitan Ladang Rakyat beliau amat kesal kerana pihak kerajaan seperti tersepit dengan kaedah pembangunan ladang oleh pihak swasta yang berjalan sekarang.
"Apabila saya dedahkan semua anak syarikat ladang rakyat kerugian dan ada yang tutup mereka kata saya fitnah.
"Akhirnya seorang Exco kerajaan menjawab Ladang Rakyat rugi kerana saya tak datang mesyuarat.
"Memang betul apabila saya dilantik menjadi ahli lembaga Ladang Rakyat hanya sekali saya hadir.
"Saya ambil pendirian tidak mahu terus duduk di situ kerana perjalanannya terpesong dari rancangan asal.
"Asalnya Ladang Rakyat dirancang untuk dimajukan sendiri oleh pihak kerajaan melaui anak syarikat tetapi apa yang terjadi ialah ia diurus pihak swasta," katanya.
Kini katanya yang mengaut untung adalah pengusaha swasta yang ditaksirkan mengumpul keuntungan tahunan sekurang-kurang RM11 juta.
"Sedangkan apa yang diperolehi kerajaan sekarang hanya RM2 juta setahun.
"Dari hasil ini 4500 peserta ladang Rakyat mendapat imbuhan bulanan RM200.
Jika AMANAH bersama Pakatan Harapan menerajui kerajaan menurutnya, Menteri Besar bahari boleh mengkaji semula perjanjian berat sebelah ini.
"Paling kurang dalam mas sebulan kerajaan boleh tingkatkan perolehan dua kali ganda kepada RM4 juta.
"Dari perubahan ini saja kita boleh tambah imbuhan peserta kepad RM400 sebulan dan jumlah peserta boleh ditambah kepada 7 000 orang." katanya.
Menyentuh perkembangan positif gabungan Pakatan Harapan beliau mahu sikap hormat menghormati antara parti-parti komponen ditingkatkan.
"Tidak perlu ada yang merasa lebih tinggi dan lebih rendah dalam gabungan ini.
"Semua pihak penting untuk mencapai misi penting mengalahkan Barisan Nasional dan menubuhkan sebuah kerajaan baru di negara ini," katanya.
Related Posts :
Update Only 72 Voters Surveyed, Invoke? >> Berita Malay 18 Late evening yesterday, I read an article about Invoke's prediction that Pakatan Harapan will form the next Government. The survey was co… Read More...
Update [Video Dr M bimbang calon HARAPAN dibeli] Bajet kesihatan & pendidikan dipotong, TETAPI BAJET UNTUK PERMATA-ROSMAH TERUS BERTAMBAH? Tu pon masih buta lagi sokong & undi BN. >> Berita Malay 18Selasa, 8 Mei 2018 Suara Rakyat Suka Halaman Ini · 3hb Mei · Bila dah berjaya kutip cukai GST lebih serat… Read More...
Update [Video BN sohai punya JANJI & 10 soalan Menteri BN pandai ke tak?] PH boleh 100 kerusi parlimen untuk ke Putrajaya, kajian Ilham Center. >> Berita Malay 18Selasa, 8 Mei 2018 PH boleh 100 kerusi parlimen untuk ke Putrajaya, kajian Ilham Center Keputusan bagi setiap parti berdasarkan kajian … Read More...
Update [Video Tun Mahathir~ Ucapan Di Hadapan Ribuan Rakyat Kg Bukit Malut Langkawi] Malam PRU: Najib di tv, Dr M di internet. >> Berita Malay 18Selasa, 8 Mei 2018 Malam PRU: Najib di tv, Dr M di internet Perdana menteri sementara dan pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak dijadual… Read More...
Update [Video Pakcik BN Kena Basuh Dengan Pakcik PR & Daim Zainuddin @ Tsunami Rakyat] angan tertipu DAP kuasai PH, calon Melayu lebih banyak – Dr Hatta >> Berita Malay 18Selasa, 8 Mei 2018 Jangan tertipu DAP kuasai PH, calon Melayu lebih banyak – Dr Hatta Pengarah pilihan raya Parti Amanah Negara Dr H… Read More...