TIMBALAN Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengulangi janjinya di dua tempat hari ini bahawa beliau akan wala' (patuh) sepenuhnya kepada ketuanya Najib Razak sehingga hujung nyawa.
Pagi tadi di Pulau Pinang ketika merasmikan mesyuarat agung Umno Tasik Gelugor dan petang ini sekali lagi di mesyuarat agung Umno bahagian Larut di Bukit Merah Lake Town Resort, Taiping.
"Saya akan wala' sepenuhnya kepada parti dan bos saya," kata Zahid ketika memberikan ucapan di Bukit Merah.

Di Tasik Gelugor, Zahid berkata, beliau bekerja dan wala' kepada Najib sejak mula menjadi setiausaha politik Najib lagi.
"Wala' saya tak payah siapa pertikai. Saya ada dalam Umno, pegang jawatan dalam Pemuda kerana Datuk Seri Najib," kata Zahid.
Katanya, beliau sudah lama dengan Najib bermula 1 Oktober 1987 apabila beliau dilantik menjadi setiausaha politik Najib.
"Insya-Allah, wala' itu akan tetap hingga ke hujung nyawa," katanya sebagaimana dilaporkan Bernama.
Zahid mempunyai jadual yang ketat sejak semalam, hari ini dan esok merasmikan mesyuarat agung bahagian Umno di Kedah dan Perak.
Semalam beliau merasmikan dua mesyuarat agung bahagian iaitu pagi di Sungai Petani dan petang di Kulim.
Pagi tadi beliau merasmikan mesyuarat agung Tasik Gelugor manakala petang ini bahagian Larut di Bukit Merah.
Pagi esok beliau akan merasmikan mesyuarat agung bahagian Telok Intan dan petangnya bahagian Bukit Gantang.
Sementara itu, perwakilan Umno bahagian Larut yang ditemui menyambut baik janji Zahid untuk wala' kepada parti dan Najib.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update 'Ini bukan magik, ini sains' >> Berita Malay 18Gara-gara memperkenalkan alat yang dikatakan boleh menjimatkan penggunaan petrol motosikal, pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan D… Read More...
Update Video-Guru ini tampar 38 murid kerana tak boleh baca puisi >> Berita Malay 18
8/9/17
©Weibo
Seorang guru di sekolah menengah di Hefei, Provinsi Anhui, China, dikenai sanksi dan peringatan kerana … Read More...
Update Ronnie Liu Semakin Biadap Muat Naik Komen Jelik Kuliah DS Haji Hadi Di Masjid Rusila >> Berita Malay 18
Tidak faham apa masalah Pimpinan Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu bertindak begitu biadap sehinggakan sanggup memberikan komen jelik… Read More...
Update Rafizi: 'Saya tidak pernah jumpa syarikat rugi satu bilion ringgit setiap tahun' >> Berita Malay 18
Sepanjang kira-kira dua dekad terlibat dalam bidang kewangan, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengakui tidak pernah beliau menemui s… Read More...
Update Setahun Bersatu: Johor,Kedah, Selangor keahlian tertinggi >> Berita Malay 18
Negeri Johor, Kedah dan Selangor mempunyai keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) paling tinggi berbanding negeri lain, dedah T… Read More...