Update YDP Pas Permatang Pauh makan bersila bersama Najib >> Berita Malay 18


Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan hadir sama meraikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam program makan bersila sempena Majlis Kenduri Pemimpin Bersama Rakyat di Politeknik Seberang Perai, tengahari tadi.
Omar (dua dari kiri) makan bersila bersama Najib di Politeknik Seberang Prai.Omar dirakam duduk bersila bersama Najib dan para pemimpin Umno dalam majlis tersebut sebelum juadah dihidangkan.
Najib dalam lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang hari ini.
Beliau tiba di Pangkalan Udara TUDM Butterworth pagi tadi disambut Pengerusi Barisan Nasional negeri, Teng Chang Yeow dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.
Atur cara perdana menteri dimulakan dengan menghadiri mesyuarat bersama kepimpinan Barisan Nasional dan Umno negeri di sebuah hotel di Seberang Jaya.
Selepas itu, beliau menyertai ribuan hadirin dalam Majlis Kenduri Pemimpin Bersama Rakyat di Politeknik Seberang Perai.
Pada sebelah petang, Najib akan menyempurnakan Majlis Pelancaran Rangka Tindakan 2.0 Wilayah Ekonomi Koridor Utara di Relau sebelum mengakhiri lawatannya dengan melawat Projek Perumahan Kos Sederhana di Sungai Nibong.
Omar (kanan) dan Idris (tengah) ketika majlis pelancaran jentera pilihan raya Pas Pulau Pinang 17 Julai lalu.
Pas Pulau Pinang 17 Julai lalu menyatakan hasrat untuk bertanding semula di Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :