Mula-mula Zahid Hamidi menolak dakwaan Tun Mahathir Mohamad bahawa kunjungannya ke rumah bekas Perdana Menteri bertujuan meminta sokongan untuk menjatuhkan Najib Razak.
Kata Timbalan Perdana Menteri, beliau ada rakaman berhubung pertemuan itu.
Kemudian, Zahid Hamidi bergerak selangkah lagi dengan mengatakan beliau sedia bersumpah laknat bagi menafikan dakwaan Tun Mahathir itu.
"Saya sedia bersumpah laknat di mana-mana masjid pun bahawa yang merancang untuk menjatuhkan Perdana Menteri adalah "orang itu" dan bukan saya," katanya.
Dalam masa yang sama, beliau juga mencabar Tun Mahathir untuk sedia bersumpah bersama-sama dengannya.
Tetapi, belum pun cabarannya berhubung sumpah laknat atau kenyataannya tentang memiliki rakaman itu mendapat respon daripada Tun Mahathir, Zahid Hamidi sendiri akhirnya tidak sabar-sabar melafazkan sumpah wala'nya kepada Najib.
"Wallahi, wabillahi, watallahi...selagi saya diberi kepercayaan, saya akan membantu YAB Presiden parti dan Perdana Menteri.
"Saya akan terjemahkan ketaatsetiaan dan kerja keras saya untuk Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Insya Allah," demikian lafaz sumpah yang diikrarkan oleh Zahid.
Hanya dalam tempoh tidak sampai 24 jam, berturut-turut kenyataannya - daripada mendakwa memiliki rakaman, kemudian mencabar bersumpah dan akhirnya bersumpah sendirian tanpa menunggu pun jawapan daripada Tun Mahathir.
Kenapa sampai begitu sekali?
Mengapa kelihatan terlalu kalut, kelam-kabut dan tidak sabar-sabar untuk menunjukkan kesetiaan kepada Najib yang sebenarnya ia sudah pun dilafazkan berkali-kali sebelum ini.
Ada apa-apa ke?
Related Posts :
Update Hebat! Abang Ganti Adik Menteri Tisu Sebagai 'Guest Of Honour' >> Berita Malay 18
Dalam zaman Malaysia Baharu pemerintahan PH, adalah menjadi kebiasaan kalau adik beradik, ahli keluarga, anak beranak dan suami i… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2019/05/update-video-mat-sabu-esok-puasa.html">Update [Video Mat Sabu: "Esok puasa" Ceramah Umum PRK Sandakan] Semalam ada 1 demontrasi jalanan kononnya Islam terancam bawah PH. Adakah DAP akan halang umat2 Islam melakukan ibadah berpuasa, azan & solat? >> Berita Malay 18Ahad, 5 Mei 2019
Suara Rakyat
Esok bermula lagi 1 rukun Islam yang wajib kepada umat Islam.
Semalam ada 1 demontrasi jalanan … Read More...
Update 'Jihadis' PAS takut air? Walaun kata ahlinya 1 jotter, macai kata ahlinya ada 3 juta, Kata penyatuan ummah, kenapa hanya 3,500 aje datang?Tak sampai 0.0875% [Video Khalid Abdul Samad Ceramah Bersama VIVIAN Wong Shir Yee] >> Berita Malay 18Ahad, 5 Mei 2019
Tak sampai 0.0875 peratus yg datang?
… Read More...
Update Nelayan Kelibang, Langkawi Bakal Diusir >> Berita Malay 18
Pengkalan nelayan Kelibang, Langkawi minggu lepas telah menerima notis untuk menghalau para nelayan dalam tempoh 30 hari. Jika ga… Read More...
Update Daim: 'Terlalu ramai si bodoh' percaya retorik perkauman Umno >> Berita Malay 18Daim: 'Terlalu ramai si bodoh' percaya retorik perkauman Umno: Antara isu perkauman yang dimainkan termasuk pelantikan Guan Eng sebagai Ment… Read More...