Menteri Besar Perak berkata, perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku terutama di dalam negara yang hidup dalam suasana kepelbagaian.

PETALING JAYA: Sambil menyifatkan dasar sebuah sekolah kebangsaan di Selangor mengasingkan cawan pelajar Islam dan bukan Islam sebagai mendukacitakan dan tidak menggambarkan ajaran Islam sebenar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak mahu ia berlaku di Perak.
Menteri Besar Perak berkata, perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku terutama di dalam negara yang hidup dalam suasana kepelbagaian dan berharap perkara seumpama tidak berlaku di Perak.
“Ini seolah-olah kita nak menggambarkan bahawa Islam keras dan tidak bertoleransi langsung sedangkan Islam adalah agama sifatnya kesejahteraan kepada semua.
“Kita tidak mahu perkara ini berlaku di Perak dan saya tidak suka ada pihak yang cuba memisahkan kehidupan kita iaitu kehidupan bernegara,” kata beliau dipetik Bernama.
Terdahulu beliau merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Elemen @Seri Manjung di Kampung Datuk Seri Kamarudin, Lumut hari ini.
Semalam, FMT melaporkan Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Hulu Langat, Selangor meletakkan label ‘Murid Islam’ dan ‘Murid Bukan Islam’ pada setiap cawan yang diletakkan bersebelahan mesin pembahagi air di sebuah blok bangunan di sekolah itu untuk kegunaan murid-murid.
Laporan itu turut memetik kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menyifatkan perkara tersebut berunsurkan perkauman selain mendorong kebencian dan penghinaan terhadap kaum lain.
Hari ini, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan tindakan pengurusan sekolah tersebut sebagai bertentangan dengan peraturan dan pekeliling kementeriannya
Related Posts :
Update JANGAN HINA PENERIMA BR1M >> Berita Malay 18
Beban yang ditanggung oleh kerajaan Barisan Nasional ketika ini seperti kutipan tol dan penjana kuasa bebas (IPP) adalah hasil pemeri… Read More...
Update [Video Tun Mahathir~ Ucapan Di Hadapan Ribuan Rakyat Jelajah Pakatan Harapan, MELAKA] Mahathir, Daim dan Rafidah 'gempur' Melaka. >> Berita Malay 18Sabtu, 5 Mei 2018
Mahathir, Daim dan Rafidah 'gempur' Melaka
Mereka pernah menjadi satu pasukan mengemudi kerajaan, dan kemudian mas… Read More...
Update Ku Li: PAS Hilang Kekuatan TANPA Tok Guru Nik Aziz >> Berita Malay 18
GUA MUSANG - Ketiadaan bekas Mursyidul Am Pas Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi kesan teruk kepada perjuangan Pas sehingga… Read More...
Update [KUANTAN] 6,158 ANGGOTA TENTERA MENGUNDI AWAL >> Berita Malay 18
Seramai 6,158 anggota tentera termasuk 37 polis mengundi awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Tentera di Pangkalan Udara Tentera … Read More...
Update [Video Dr M, Daim dan Rafidah buat Melaka 'banjir' manusia] Undi Pas hanya sia-sia, tidak berpeluang menang, kata kaji IDE & Sokongan untuk BN menurun untuk semua kaum. >> Berita Malay 18Sabtu, 5 Mei 2018
Rafizi Ramli
Suka Halaman Ini · 10 jam
Keborosan dan ketirisan pentadbiran kerajaan Ba… Read More...