Seramai 24,012 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari 550 sekolah di seluruh Pahang menduduki peperiksaan itu yang bermula hari ini.
Pengarah Pendidikan Pahang, Datuk Rosdi Ismail berkata, daripada jumlah itu, 19,814 adalah calon dari Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina seramai 3,087 murid, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 489 murid, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) 144 murid, dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) 63 murid.
Menurutnya, turut menduduki peperiksaan itu adalah 415 calon daripada lima buah sekolah swasta.
"Kuantan mempunyai paling ramai calon iaitu 7,836 calon diikuti Temerloh seramai 2,756 calon.
"Selain itu, seramai 75 calon berkeperluan khas yang memerlukan cetakan besar, braille, pengecualian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan tambahan masa juga menduduki UPSR tahun ini," katanya.
Beliau berkata, kesemua calon berkenaan menduduki ujian berkenaan di 550 pusat peperiksaan di seluruh negeri ini dan dipantau oleh 2,486 petugas.
"Kesemua mereka diingatkan sentiasa menjaga kesihatan terutama sepanjang peperiksaan berlangsung.
"Calon juga perlu membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar," katanya.
Related Posts :
Update [Video Bajet 2018: Bajet Pilihanraya, Bajet 'daun ketum'] Azmin: Belanjawan tak bertanggungjawab & Bajet 2018 Mirip belanjawan Selangor >> Berita Malay 18Sabtu, 28 Oktober 2017
Azmin: Belanjawan tak bertanggungjawab
BAJET 2018 | Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali mengkritik … Read More...
Update [Video Protes harga minyak bergema di luar parlimen & Bajet budiman, mansuh tol, semua dapat dedak?] Protes harga minyak bergema di luar parlimen. >> Berita Malay 18Sabtu, 28 Oktober 2017
Protes harga minyak bergema di luar parlimen
BAJET 2018 | Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Ra… Read More...
Update [Video Laungan 'kleptokrasi!' penutup Bajet 2018] Laporan: Anggota MT Umno ditikam di kepala, bahu. >> Berita Malay 18Sabtu, 28 Oktober 2017
Laungan 'kleptokrasi!' tutup pembentangan Bajet 2018
BAJET 2018 | Sesi pembentangan Bajet 2018 di Dewan Raky… Read More...
Update [Video Komen TS Muhyiddin, Presiden PPBM mengenai Bajet 2018] Bajet 2018: Hapus tol pastikan pampasan syarikat konsesi tidak beban rakyat. >> Berita Malay 18Sabtu, 28 Oktober 2017
... Baucer Buku 1Malaysia dan bantuan terbaru ialah "TANGKI 1Malaysia".Wakakakak.. Memang rakyat Sabah sentiasa da… Read More...
Update Bajet 2018: Bajet Pilihanraya, Bajet 'daun ketum' >> Berita Malay 18
Sekira hadapi masaalah dengan peranti adroid sila gunakan firefox - chrome - ie
… Read More...