Pengarah filem Ahmad Idham tidak melatah dengan dakwaan netizen kononnya dia menonton video lucah di laman sosial kerana ia bukan sesuatu perkara yang mustahil.
Idham atau Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 43, berkata, penggunaan media sosial yang meluas dan terlalu terdedah menyebabkan dia sering menerima pautan-pautan laman web yang tidak sepatutnya.
"Perkara itu tidak mustahil kerana zaman sekarang kita telalu terdedah dengan penggunaan Internet. Kadang-kadang ada sahaja orang hantar link yang bukan-bukan kepada kita.
"Bohonglah kalau saya kata saya tidak pernah tengok video lucah. Tapi ia bukan saya yang mencari video seperti itu sebaliknya ada sahaja individu yang hantar bukan-bukan di laman sosial kita, bila bukak... rupa-rupanya ia kandungan yang tidak senonoh," ujarnya kepada mStar Online.
Ahmad Idham diminta mengulas dakwaan sebuah blog hiburan yang mendakwa kononnya dia kantoi menonton video lucah apabila tindakannya meletakkan tanda suka (like) disedari netizen pada salah sebuah video berkenaan di laman sosial Twitter.
Sementara itu, Ahmad Idham berkata, dia juga tidak menolak jika ada pihak yang kurang senang bertindak menggodam laman sosial miliknya dengan tujuan tersebut.
"Saya baru tahu tentang perkara ini dan malas nak layan. Sekarang banyak sahaja cara orang nak malukan kita.
"Sedangkan gambar pun mereka boleh sunting apatah lagi benda-benda seperti itu. Setahu saya laman-laman web lucah di negara ini sudah disekat macam mana nak cari melainkan yang bijak pandai dengan Internet sahaja," ujarnya.
Sementara itu, dia meminta agar orang ramai tidak melayan isu remeh temeh yang tidak mendatang kebaikan atau faedah. - mStar Online
Related Posts :
Update [Video PARAH! Singapura BEKU RM700 juta, Amerika BEKU 4.3 Billion usd DUIT 1MDB!] Malaysia berdepan defisit kepimpinan! Inilah realiti skrg di bawah era pemerintahan #Kleptokrasi Najib & Bagaimana skandal 1MDB menjejaskan kehidupan rakyat marhaen. >> Berita Malay 18Ahad, 6 Ogos 2017
Suara Rakyat
Like This Page · August 3 ·
Inilah realiti skrg di bawah era… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2017/08/update-video-amanah-gesa-sprm-panggil.html">Update [Video Amanah gesa SPRM panggil Mahathir, siasat Zahid] ZAHID HAMIDI KALUT SENDIRIAN? "Cengkadak mana yg nak jatuhkan PM?" & Cengkadak tu dah masuk parit! >> Berita Malay 18Ahad, 6 Ogos 2017
ZAHID HAMIDI KALUT SENDIRIAN?
Mula-mula Zahid Hamidi menolak dakwaan Tun Mahathir Mohamad bahawa kunjungannya ke rumah… Read More...
Update Mahkamah dengar kes Hadi saman Editor Sarawak Report >> Berita Malay 18
FMT Reporters
| August 5, 2017
Mahkamah Tinggi London juga mahu Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown membuat pembelaan awal … Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2017/08/update-video-saya-satukan-orang-khairy.html">Update [Video "Saya satukan orang, Khairy takutlah tu & kita kesian kat dia", kata Tun Mahathir] ISYARAT AWAL KEJATUHAN BN? >> Berita Malay 18Ahad, 6 Ogos 2017
ISYARAT AWAL KEJATUHAN BN?
Sepuluh hari lalu, Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memohon su… Read More...
Update K'JAAN PERLUKAN KHIDMAT SAYA, kata Ketua Hakim Negara >> Berita Malay 18
PUTRAJAYA: Tan Sri Md Raus Sharif hari ini mengakui bahawa pelantikannya semula sebagai Ketua Hakim Negara "belum pernah berlaku dahulu" … Read More...