Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau sudah melafazkan sumpah rahsia menggunakan kalimah Allah dan yakin hubungan kekeluargaannya tidak akan menjejaskan perjuangan politiknya.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak berikrar berjuang habis-habisan menumbangkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), walaupun ahli keluarganya merupakan pemimpin tertinggi Umno Perak.
Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau sudah melafazkan sumpah rahsia menggunakan kalimah Allah dan yakin hubungan kekeluargaannya tidak akan menjejaskan perjuangan politiknya.
“Saya menghormati ayah mertua saya, Datuk Radzi Manan. Saya kasihkan Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi sebagai adik ipar. Saya percaya mereka juga menghormati serta mengasihi saya sebagai keluarga.
“Perkara ini tidak ada kaitan politik. Selaku ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, saya melafaz sumpah rahsia menggunakan kalimah Allah,” katanya ketika dihubungi FMT.
Radzi merupakan ketua Umno Bahagian Kampar merangkap pengerusi Biro Latihan BN Perak, manakala Nolee ialah exco Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Komunikasi Perak.
Faizal berkata, mereka yang mempercayai kekuasaan Allah pasti memahami kepentingan memegang amanah selepas bersumpah.
“Saya tidak akan tunduk dan melayan pihak yang cuba melemahkan PH dengan menyerang saya dengan tohmahan.
“Saya akan fokus kepada usaha memantapkan jentera pilihan raya PH menjelang PRU14.”
Pelantikan Faizal mengetuai PH Perak dikritik beberapa pemimpin, termasuk bekas pendaftar PPBM Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar yang bimbang kerahsiaan PH dibocorkan.
Bagaimanapun, Faizal berkata, beliau tidak dimaklumkan mengenai bantahan terhadap pelantikannya.
“Saya dapati semua kepimpinan Majlis Presiden PH Perak menerima pelantikan (saya) dengan amat baik dan kami akan bekerjasama sebagai satu pasukan,” katanya.
Related Posts :
Update HIPOKRIT PH TERHADAP MANIFESTO KIAN TERSERLAH >> Berita Malay 18
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pulai, Muhammad Shaqib Bin Shahrilnizam melihat kenyataan Exco PPBM Armada Malaysia, Muazzammil Ismail, … Read More...
Update Kes 1MDB: Apa kata Shukri tentang bukti bagi penjarakan individu terlibat >> Berita Malay 18Kes 1MDB: Apa kata Shukri tentang bukti bagi penjarakan individu terlibat: Bekas ketua pesuruhjaya SPRM itu ditanya jika siasatan SPRM dalam… Read More...
Update Please sign to show support LK! Siasat semua pemimpin yang PANIK..04 JUNE PAS BANTAH LATEEFA KOYA, 06 JUNE PAS SOKONG LATEEFA KOYA! Tidak pelik lah kalau Pas bersikap demikian ]Video MENTERI DISERU INKLUSIF DENGAN YANG MEMERLUKAN] >> Berita Malay 18Ahad, 9 Jun 2019
Jom Channel
Baru-baru ini Salahuddin Ayub dilaporkan mahu berjumpa dengan aktivis dan badan masyarakat berkaitan pertanian… Read More...
Update Setakat Syukri terajui SPRM, lihatlah berapa teruk negara kita sebelum ini di bawah bosskau Najib! Padan muka rakyat Kelantan, bagi lagi DAP memerintah negeri & Istiqomah bersama kepimpinan olamak! [Video Ex-MACC chief: Stop gossiping and give Latheefa Koya a chance] >> Berita Malay 18Sabtu, 8 Jun 2019
Setakat syukri terajui SPRM. Lihatlah berapa teruk negara kita sebelum ini di bawah khalifah Najib Razak.
Pakatan Harapa… Read More...
Update [Video Kes Najib - Sedunia penyokong Umno nangis] Walaun PAS RUPANYA, pemuda mohon maaf kepada Najib Rosmah! Kami mahu NEELOFA ganti LATHEEFA Koya & Kompommmm beruk2 meroyan tak bantah! Usah melalak, membawang, PM sudah buat keputusan. >> Berita Malay 18Ahad, 9 Jun 2019
Walaun PAS kata slps setahun PH memerintah tiada satu pun tuduhan ke atas Najib & Rosmah yang berjaya dibongkarkan. T… Read More...