Update @AzminAli Ancam Saman Utusan Malaysia Isu Pesta Arak, Diharap Tajuk Berita Bertukar Esok >> Berita Malay 18


Menteri Besar DS Azmin Ali akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia di atas muka depan akhbar itu mendakwa beliau benar pesta arak di Selangor.

Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong mencabar Utusan Malaysia mengemukakan bukti Azmin mengeluarkan dakwaan sedemikian.

Kita menjangkakan tajuk dan berita mengenai Pesta Arak di Selangor akan berubah di dalam muka depan Utusan Malaysia esok, lebih kurang seperti di bawah (telah ditilik oleh rakan Facebook Ab Jalil Backer):

Ralat : Festival Beer - Azmin Ali Tiada Pendirian

Kuala Lumpur - Utusan Malaysia hari ini memohon maaf tanpa syarat kerana tersilap dan terkhilaf membuat laporan Menteri Besar Selangor, Dato Sri Azmin Ali bersedia untuk meluluskan 'Better Beer Festival 2017' di Selangor.

Azmin Ali memyatakan beliau belum ada pendirian terhadap pesta beer berkenAn dan menyerahkan kepada pihak berkuasa tempatan di bawah EXCO Ean Yong Hian Wah untuk membuat keputusan.

Subscribe to receive free email updates: