SEKADAR bertanya. Bertanya tidak salah. Tidak boleh dikenakan saman malu.
Jadi izinkan saya bertanya beberapa soalan. Manalah tahu ada orang yang tahu mahu jawapannya.
- Apakah benar Presiden PAS, Tuan Guru (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang menyimpan rahsia siapa dalam Umno dan Kabinat yang Perdana Menteri,(Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, tidak percaya?
- Apakah benar duit yang KONONNYA dibagi oleh Najib/Umno kepada PAS digunakan untuk berniaga (antaranya kosmatik) tetapi rugi?
- Apakah benar Ketua Pemuda Umno merangkap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, sudah hilang peranan sebagai peneraju National Transformation (TN50)?
|
Khairy (kiri) “dilucutkan” peranan dalam TN50? |
- Apakah benar berlaku keretakan besar di antara KJ dengan bosnya sehingga jemputan untuk berpow-wow pun tidak diendahkan?
- Apakah benar sebuah GLC yang diaspirasikan oleh Najib yang kini mengalami masalah perniagaan gagal menunaikan syarat hutang kepada sebuah bank GLC yang penting kepada pelaburan Bumiputera?