Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low menolak kenyataan SPRM yang tindakan menerima elaun perjalanan tidak bermaka pengundi akan menyokong penajanya.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low hari ini menolak kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian elaun perjalanan kepada pengundi untuk balik kampung mengundi ialah satu bentuk rasuah.
Ini kerana, katanya, pengundi tidak wajib menyokong parti atau individu yang menaja perjalanan mereka, melainkan ada bukti menunjukkan pengundi itu diberikan wang dengan syarat untuk mengundi calon tertentu.
“Adakah itu mempengaruhi seseorang mengundi anda? Saya tak fikir begitu.
“Jadi, kecuali orang itu beritahu pengundi ‘saya beri anda wang dengan syarat anda undi saya’, maka pemberian dana itu tidak boleh dianggap tindakan merasuah,” katanya yang bertanggungjawab terhadap tadbir urus, integriti dan hak asasi manusia.
Beliau berkata demikian di luar Persidangan Serantau mengenai Demokrasi di Asia Tenggara, anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Yayasan Kofi Annan hari ini.
Low yang pernah mengetuai Transparency International-Malaysia mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki yang dipetik Sin Chew Daily berkata, penawaran sebarang bentuk dorongan, tidak kira wang tunai atau hadiah, dianggap rasuah.
Tetapi, katanya, ia bukan satu bentuk rasuah jika ahli politik memberi bantuan kepada golongan miskin.
“Contohnya, jika pemimpin politik tertentu mengagihkan beras atau bantuan kepada orang miskin di kawasannya, ini tidak dianggap rasuah,” katanya.
Related Posts :
Update [Video Mana baki RM2.6 bilion? 1MDB @ PAU! Hentikan Politik Perkauman & Melayu Mana Bangsat Jika UMNO Kalah] Pulau Pinang di kedudukan kedua tertinggi pelaburan. >> Berita Malay 18Selasa, 19 Disember 2017
Kalau mereka ini semua bodoh , penipu , pemfitnah , penyamun seperti yang didakwa Najib Razak , kenapa insiden p… Read More...
Update Video Zarina Hentam Dira Kerana Malukan Fathia. >> Berita Malay 18
Pelakon Zarina Anjoulie yang sudah lama menyepi, kini dia tampil memberi kenyataannya berkenaan cara dan sikap pelakon Dira Abu Zahar, sel… Read More...
Update Artis Wanita Mahu Suami Ceraikan Madunya Yang Merupakan Isteri Pertama. >> Berita Malay 18
Isu mengenai perkahwinan kedua ataupun menjadi isteri kedua kini menjadi-jadi dikalangan artis pada tahun ini. Malah isu tersebut sering m… Read More...
Update [Video UmnoBN TERDESAK! Cukai umrah, cukai lapangan terbang, cukai cukai cukai!] Kenapa Pentadbiran Najib DENDA PEGAWAI KERAJAAN YANG CUKAINYA DIKIRA OLEH KERAJAAN? >> Berita Malay 18Selasa, 19 Disember 2017
Kenapa Pentadbiran Najib DENDA PEGAWAI KERAJAAN YANG CUKAINYA DIKIRA OLEH KERAJAAN?
HANTAR ADUAN LDHN KE&n… Read More...
Update [Video Kena Sorak 'Buang Bendera Parti Pembangkang' BN TAKUT KALAH & UMNO BN Irihati Dengan Kejayaan PH Pulau Pinang] Najib HENTIKAN KUTIP CUKAI TERSEMBUNYI (Cukai Penumpang) >> Berita Malay 18Selasa, 19 Disember 2017
NAJIB PERLU HENTIKAN KUTIP CUKAI TERSEMBUNYI SEPERTI IMAMS DAN CUKAI PENUMPANG
Dua kontroversi terkini yang … Read More...