-
Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) terkejut dengan keputusan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem untuk tidak merujuk kes melibatkan 3,600 pekerja Malaysia Airlines (MAS) yang diberhentikan kerja ke Mahkamah Perusahaan.
Presiden Nufam Ismail Nasaruddin berkata beliau hanya mengetahui keputusan Riot dari artikel Malaysiakini minggu lalu.
"Saya terkejut dengan artikel berkenaan kerana tiada surat rasmi (mengenai keputusan ini) telah dihantar kepada mana-mana 3,600 orang yang terlibat.
"Kami telah sahkan dengan kakitangan bahawa tiada maklumat telah diberikan kepada mereka sejak itu," katanya pada sidang akhbar di sekretariat Nufam di Subang Jaya pagi ini.
Nufam sebelum ini berkata Kementerian Sumber Manusia belum memulakan prosiding terhadap bekas kakitangan MAS, termasuk kru kabin, walaupun mereka telah memfailkan kes sejurus selepas diberhentikan pada tahun 2015.
Riot memberitahu Malaysiakini bahawa selepas perbincangan dengan Jabatan Perhubungan Perusahaan dan peguamnya, beliau memutuskan bahawa kes melibatkan bekas pekerja MAS tidak akan dirujuk ke Mahkamah Perusahaan.
Sekira hadapi masaalah dengan peranti adroid sila gunakan firefox - chrome - ie
Related Posts :
Update AMANAH ikrar bersama TMJ perangi rasuah >> Berita Malay 18Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini berikrar akan bersama dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam memerangi rasuah s… Read More...
Update Semua Sekolah Di Sabah Diminta Laksana RPH Secara Dalam Talian >> Berita Malay 18 Gambar hiasan SANDAKAN, 5 Julai : Semua sekolah di Sabah diminta melaksanakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) secara dalam talia… Read More...
Update Pulau Pinang, Selangor Dan Kelantan Tidak Komited Perangi Rasuah >> Berita Malay 18 Tiga kerajaan negeri yang belum menandatangani Ikrar Bebas Rasuah yang diperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disif… Read More...
Update Miley Cyrus Dedah Foto 'Comolot' Pertama Dengan Kekasih >> Berita Malay 18 Sempena meraikan Hari Ciuman Sedunia yang lalu, penyanyi Miley Cyrus tanpa segan silu mendedahkan fotonya bercumbu dengan kekasihnya Liam H… Read More...
Update Tangkaplah! Mahathir cabar Najib >> Berita Malay 18Tun Dr Mahathir Mohamad memperlekehkan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa dirinya ‘panik’ dengan penubuhan Suruhanjaya Si… Read More...