Update Bukti bekas penasihat BNM tercemar, kata peguam Anwar >> Berita Malay 18

Peguam Gurdial Singh Nijar dan Sivarasa Rasiah berkata Murad Khalid membuat dakwaan berniat jahat dan palsu terhadap bekas ketua pembangkang.
anwar_murad_bnm_600
PETALING JAYA: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diingatkan supaya pertimbangkan keterangan daripada bekas penasihat Bank Negara dengan berhati-hati kerana kredibiliti beliau dipertikaikan, kata peguam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peguam Gurdial Singh Nijar dan Sivarasa Rasiah berkata ada perbezaan ketara antara keterangan daripada Anwar dan Datuk Abdul Murad Khalid.
Mereka berkata Murad mendakwa ada memberi taklimat kepada bekas menteri kewangan itu mengenai kerugian dagangan mata wang asing pada awal 1994 atas permintaan gabenor ketika itu, Tan Sri Jaffar Hussein.
Mereka berkata Murad dalam keterangannya mendakwa Anwar berkata terpaksa melepaskan meletakkan jawatan menteri kewangan jika kerugian sebenar forex itu diketahui umum.
Mereka berkata dakwaan Murad itu berniat jahat dan palsu dan dicabar Anwar dalam keterangannya.
“Keterangan itu tidak disokong keterangan lain. Ini kerana Anwar sudah diberi taklimat mengenai kerugian forex itu oleh Jaffar pada awal 1993 dan berdasarkan akaun diaudit BNM yang ditentusahkan oleh ketua audit negara,” katanya.
Malah, Anwar juga sudah memberi taklimat kepada Parlimen pada April 1993 dan 1994.
“Perlu diingat sidang akhbar Murad pada Januari 2017 yang mencetuskan isu forex BNM dan membawa kepada penubuhan RCI,” kata peguam Anwar dalam penghujahan bertulis kepada urusetia tribunal semalam.
Mereka mengingatkan RCI yang Murad terbabit dalam operasi forex itu sejak 1992 di bawah kuasa penasihat BNM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
“Beliau (Murad) mengambil alih operasi itu pada awal 1993 dan diarah untuk mengungkai secara progresif semua transaksi hadapan. Beliau meletak jawatan daripada BNM pada 1999.
“Mengapa beliau mengambil masa 18 tahun untuk bercakap mengenainya dan mengapa hanya sekarang?” soal mereka.
Mereka berkata Murad tidak mempunayi banyak kredibiliti dan RCI perlu ambil maklum beliau pernah disabitkan apabila gagal mengisytiharkan aset mencecah RM23 juta dan denda RM500,000 selepas mengaku bersalah.
Mereka berkata integriti Murad juga wajar dipertikaikan apabila melihat kepada aset yang dikumpulnya sepanjang berkhidmat di BNM dari 1976.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :