Update Cakap @AnwarIbrahim Atau @CheDetOfficial Yang Mana Pakatan Harapan Nak Dengar? >> Berita Malay 18


Free Malaysia Today, baca di sini, melaporkan Ketua De Facto Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan bahawa beliau telah merestui dan mengarahkan agar perbincangan kerjasama di antara PAS diadakan dan Azmin Ali ditugaskan untuk mengetuai perbincangan ini. Anwar Ibrahim dilaporkan berkata,
Apa yang diusulkan dan dipersetujui Biro Politik sebelum ini adalah tidak memusuhi PAS, mengkaji kemungkinan mengelak pertarungan tiga penjuru. Pertimbangannya adalah menggembeleng seluruh kekuatan dalam menghadapi UMNO-BN dalam PRU 14. 
Saudara Azmin yang diminta menerajui inisiatif ini sedar bahawa yang disarankan adalah strategi nasional dan tidak terbatas kepada Selangor sahaja.


4 hari lepas, di tengah-tengah kemelut dalaman PKR akibat kerjasama dengan PAS, Pakatan Harapan memutuskan tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. 

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir, Presiden Dr Wan Azizah dam 3 Timbalan Presiden iaitu TS Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohammad Sabu.

Kenyataan bersama yang dikeluarkan itu juga menyatakan bahawa Pakatan Harapan sedang merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi tiga penjuru.

Dengan kenyataan Ketua De Facto Pakatan Harapan daripada River Bamboo Inn yang mahukan rundingan dengan PAS dijalankan, cakap siapakah yang mahu didengar? 

Pengerusi, Tun Dr Mahathur pula tidak sukakan PAS. Kartel Azmin Ali pastinya menyebelahi Ketua De Facto untuk mengelakkan Kerajaan PKR Selangor tumbang. Macai tolong jawab, Anwar Ibrahim atau Tun Dr Mahathur?

Subscribe to receive free email updates: